DATUK Seri Abdul Rahman Dahlan.- Foto Raziq Zikry
KOTA BELUD: Penduduk di daerah ini khususnya di kawasan berisiko banjir diminta berhati-hati
dan segera berpindah sebelum air naik mendadak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul
Rahman Dahlan, berkata ini susulan hujan lebat yang bermula sejak pagi tadi.
"Susulan hujan lebat yang bermula dari pagi tadi, penduduk Kota Belud diminta berwaspada dan
mengambil langkah berjaga-jaga.
Ini kerana amaran hujan lebat dan angin kencang sudah dikeluarkan hari ini dengan keadaan
cuaca diramal berlanjutan bermula hari ini hingga Rabu.
"Sekiranya perlu, penduduk harus berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Tun Said
sebelum air naik mendadak.
"Agensi kerajaan Pusat dan negeri sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan mereka bersedia
membantu pada bila-bila masa sahaja," katanya menerusi kenyataannya di sini sebentar tadi.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, seramai 108 penduduk di daerah ini berpindah ke pusat
pemindahan sementara di Dewan Tun Said, di sini, pada jam 8 malam tadi.
"Mereka mengambil langkah untuk berpindah awal sebelum air naik lebih teruk. Segala
keperluan makanan dan tempat tidur untuk semua sudah disediakan pegawai pejabat Parlimen
saya," katanya.
Katanya, Pusat Kawalan Operasi Banjir Kota Belud sudah bersedia untuk menempuhi sebarang
kemungkinan susulan cuaca buruk ini.
sumber:Berita Harian
Ulasan
Catat Ulasan