MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam menghubungi rakan sejawatannya, Presiden
Amerika Syarikat Donald Trump bagi membincangkan krisis program nuklear Korea Utara, kata
Kremlin.
Katanya, kedua-dua pemimpin berkenaan membincangkan situasi beberapa zon krisis dengan
memfokuskan penyelesaian terhadap isu nuklear di semenanjung Korea.
Minggu ini, Washington berkata pihaknya bersedia berbincang dengan Korea Utara yang sejak
kebelakangan ini melancarkan beberapa peluru berpandu balistik antara benua.
Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berkata, sementara pentadbiran Trump memaksa Pyongyang
menghentikan program senjata nuklearnya, pihaknya bersedia 'mengadakan mesyuarat pertama
tanpa prasyarat'.
Putin ketika dalam sidang media tahunannya dengan dihadiri beratus wartawan di Moscow,
semalam mengalu-alukan 'kesedaran mengenai realiti' AS terhadap krisis itu.
Bagaimanapun, beliau menggesa semua pihak 'berhenti mengeruhkan keadaan' dan berkata Moscow
tidak mengiktiraf Korea Utara sebagai kuasa nuklear. - AFP
sumber:Berita Harian
Ulasan
Catat Ulasan