Langkau ke kandungan utama

“Bahaya Ibu Mengandung Tunjuk Baby Bump, Takut Ada Lelaki Yang Bernafsu” – Farah Abd Halim



Sudah lumrah sebagai seorang wanita, apabila ada saja yang menarik perhatiannya ataupun

sesuatu yang menggembirakannya, mereka lebih suka meluahkannya berbanding memendam. Apatah

lagi apabila sekarang ini serba mudah, ada aplikasi whatsapp, Wechat, mahupun Facebook.

Segalanya diluahkan. Bukan sahaja perkara-perkara yang menyedihkan, malah rasa gembira.

Ada dikalangan mereka jadikan akaun Facebook sebagai ‘diari’ harian, segalanya dikongsikan.

Sepertinya sudah tiada rahsia lagi. Itu sebenarnya sangat bahaya, kerana yang melihat status

anda itu bukan hanya saudara mara, malah orang luar yang kita tidak tahu baik buruknya

perangai mereka.

Antara lainnya ialah perkongsian tentang kehamilan. Ada sesetangah ibu sangat suka berkongsi

tentang zuriat, malah sehinggakan ada yang sanggup berkongsi gambar baby bump.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Abd Halim telah berkonsgi info yang sangat baik

untuk para wanita di luar sana terutamnya yang sedang mengandung supaya berfikir terlebih

daulu sebelum berkongsi gambar baby bump di media sosial. Jom kita ikuti perkongsiannya di

bawah.

“Hai, kepada semua yang pregnant tu, tak perlu la post gambar perut korang yang memboyot tu

ok. Cuba google apa tu MAESOPHILIA. Sejenis manusia yang bernafsu tengok perempuan-perempuan

mengandung / gambar bump korang. Diorang ni ada group di page, whatsapp wechat dan lain-lain

lagi.





Siap kumpul gambar-gambar perempuan-perempuan mengandung yang post di media sosial ni. Tak

ada apa yang nak dibanggakan dengan baby bump tu, simpan / sorok selagi boleh sebab tu kan

aurat juga. Malu kalau orang lain tengok. Mata-mata yang memandang tak sama, dalam akal

diorang mcm-macam yang dibayangkan.

Take note la semua, kurangkan / tak perlu update langsung ok. Nasihat pada semua kaum wanita

termasuk diri saya sendiri.”

Jangan berkongsi segala maklumat anda di laman sosial, ini kerana anda tidak tahu jika ada

yang mahu mengambil kesempatan pada anda. Jangan sesekali berkongsi dimana lokasi anda

berada, alamat rumah, berapa orang yang berada dirumah bersama anda, ataupun permasalahan

dalam keluarga. Ini kerana ramai yang lebih suka melihat kesedihan kita berbanding

kegembiraan.

Sumber: Siakapkeli.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...