Langkau ke kandungan utama

'Kita tak boleh tutup mulut orang'


KUALA LUMPUR: Lapan minggu beraksi di pentas musim keempat Gegar Vaganza (GV4), Liza Hanim

yang disebut-sebut menjadi antara calon favourite meraih gelaran juara pada konsert

penentuan, malam esok, tidak terlepas menjadi mangsa kecaman netizen.

Menyedari situasi yang bakal dihadapi isterinya, anggota kumpulan Indigo, Shah menasihatkan

Liza supaya membuat persediaan mental dan fizikal sebelum menyertai program realiti itu.

"Liza perlu bersedia berdepan komen netizen apabila membuat keputusan menyertai GV4. Kita

tahu program ini mempunyai kelompok peminat tersendiri dan sering menjadi bualan.

"Bagi saya mudah saja, kita tidak dapat menutup mulut orang. Jadi apa yang penting, kami

tahu diri sendiri. Mana yang boleh dijadikan pengajaran, kita ambil," katanya kepada BH

Online.

Sejak mula bertanding, Liza tidak terlepas daripada dikritik netizen antaranya dikatakan

terlalu mencuba dan sering mendapat lagu hit serta mantap, seolah-olah memudahkan laluannya

dalam program realiti itu.

Malam esok, Liza akan bersaing dengan lima penyanyi lain iaitu Aishah, Hazami, Firman, Lan

dan Tia Jinbara bagi merebut gelaran juara GV4 yang akan disiarkan secara langsung dari

Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor oleh saluran Astro Ria, mulai jam 9 malam.

Shah atau nama penuhnya, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin, memahami bebanan yang perlu

digalas Liza sepanjang beraksi di pentas GV4.

"Saya faham situasi isteri yang bertanding sekarang. Saya juga tahu Liza sedia untuk kembali

aktif dalam bidang nyanyian.

"Namun, bagi diri ini, saya lebih selesa bergerak di belakang tabir dan menguruskan

perniagaan milik kami berdua," katanya yang berkahwin dengan Liza pada 2003.

sumber:Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...