KENINGAU: Sebanyak 10 rumah dihanyutkan arus deras dalam kejadian di sungai Kampung Pampang,
Keningau, kira-kira jam 3 petang hari ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni di rumah berkenaan
keluar lebih awal sebelum kejadian.
Difahamkan, air sungai Kampung Pampang naik mendadak selepas hujan sejak pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran berkata, bomba menerima
maklumat selepas dimaklumkan oleh penghuni sebuah rumah yang dinaiki air di tepi sungai
Kampung Pampang.
"Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau
keadaan banjir di kawasan berkenaan.
"Tinjauan mendapati tiga rumah dihanyutkan arus deras sungai Kampung Pampang, selain sebuah
kenderaan turut hanyut.
"Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya di sini, sebentar tadi.
Mudi berkata, pemantauan masih dilakukan oleh anggota bomba dan seramai lapan anggota bomba
termasuk seorang pegawai terbabit dalam operasi petang tadi.
sumber:Berita harian
Ulasan
Catat Ulasan