Langkau ke kandungan utama

Syamsul risau isu susu tiruan


PELAKON Makrifat Cinta, Syamsul Yusof, pada majlis pratonton trailer filem berkenaan di Shah
Alam, baru-baru ini. - Foto: Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Sejak menjadi bapa, pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, berkata dirinya

mudah terkesan dengan berita berkaitan bayi, termasuk isu terkini membabitkan susu tiruan.

Beliau berkata, sebagai bapa dirinya bagaikan panik dan risau apabila mengetahui mengenai

isu terbabit, memaksanya membuat pemeriksaan berhubung perkara itu dengan isterinya, Puteri

Sarah Liyana.

"Naluri sebagai bapa memang lain. Kalau dulu saya mungkin tidak peka, tetapi kali ini saya

risau apabila mendengar dan terbaca berita mengenai perkara sebegini.

"Saya memang terus hubungi isteri dan bertanyakan mengenai perkara itu. Mujur anak saya

mengambil susu yang berbeza," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton trailer filem

Makrifat Cinta, di sini.

SYAMSUL dan Puteri Sarah pada majlis aqiqah anak mereka, Syaikhul Islam Mohd Shamsul di

Taman Melawati, Hulu Klang, Mei lalu.

SYAMSUL dan Puteri Sarah pada majlis aqiqah anak mereka, Syaikhul Islam Mohd Shamsul di
Taman Melawati, Hulu Klang, Mei lalu.

Bukan setakat itu, Syamsul, 33, mengakui sejak kehadiran bayi sulungnya, Syaikhul Islam,

lapan bulan, beliau perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

Katanya, jika sebelum ini beliau boleh menghabiskan masa berjam-jam di pejabat, kini dirinya

tidak lagi berbuat demikian apabila fikiran turut terarah kepada si kecil di rumah.

"Walaupun perlu memastikan tidur yang cukup dan kerja pula dapat disiapkan, penat macam mana

sekalipun, apabila balik ke rumah saya akan luangkan masa dengan Syaikhul.

"Sebagai bapa, saya perlu memberikan perhatian kepada anak dan saya tidak mahu terlepas

detik indah ketika dirinya membesar," kata Syamsul.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut menyanjung isterinya, apatah lagi selepas wanita itu

melahirkan anak mereka.

"Saya tengok Sarah seorang yang kuat semangat. Setiap hari sebelum keluar bekerja, saya

selalu berpesan kepadanya untuk menjaga anak kami dengan baik.

"Saya sangat menghargai apa yang dilakukan Sarah untuk keluarga kami. Sudah semestinya, saya

sentiasa memberi sokongan kepadanya," katanya.

Sementara itu, Syamsul ditampilkan memegang watak utama dalam filem Makrifat Cinta,

bergandingan dengan Nabila Huda dan Nora Danish. Filem berkenaan akan mula menemui penonton

di pawagam pada 1 Februari depan.

sumber:Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag