Langkau ke kandungan utama

Otak wanita terbukti lebih aktif berbanding otak lelaki


Dalam kajian pengimejan fungsi otak, Klinik Amen dari Newport Beach, California baru-baru

ini melakar sejarah apabila mengkaji dan membandingkan 46,034 imbasan tomografi komputer

emisi foton tunggal (SPECT) yang dikumpul daripada sembilan buah klinik untuk mengetahui

perbezaan antara otak lelaki dan wanita.

otak wanita lebih aktif daripada lelaki

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer's Disease itu dikatakan sangat penting

untuk memahami perbezaan otak mengikut jantina. Perbezaan kuantitatif yang diperolehi

membolehkan penyelidik mengkaji risiko gangguan penyakit otak seperti Alzheimer mengikut

jantina. Teknologi dan peralatan pengimejan seperti SPECT membolehkan rawatan dan ubatan

yang tepat bagi pesakit pada masa hadapan.

Apa yang menarik, semasa kajian ini dijalankan, pasukan penyelidik mendapati minda wanita

rata-rata lebih aktif di lebih banyak kawasan otak berbanding orang lelaki terutama sekali

di bahagian korteks prafrontal yang melibatkan tumpuan dan kawalan impuls, pergerakan

anggota serta kawalan mood atau emosi. Manakala orang lelaki pula lebih cenderung aktif di

bahagian pusat visual dan koordinasi.

wanita otak lebih aktif berbanding lelaki

Subjek kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini termasuklah 119 orang sukarelawan yang

sihat dan juga 26,683 pesakit dengan pelbagai keadaan psikiatrik seperti trauma, gangguan

bipolar, skizofrenia dan ADHD. Sebanyak 128 kawasan otak dianalisis dalam keadaan subjek

semasa berada di garis dasar dan semasa melakukan tugasan yang memerlukan konsentrasi.

Keputusan kajian ini amat penting kerana gangguan otak memberikan kesan kepada lelaki dan

wanita secara berbeza. Ini disebabkan wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk

mendapat Alzheimer, kemurungan dan keresahan manakala orang lelaki pula lebih berisiko untuk

mendapat ADHD dan berisiko mempunyai masalah perilaku sehingga ramai yang dimasukkan ke

penjara.

Penemuan kajian mendapati lebih banyak peredaran darah berlaku di kawasan korteks prafrontal

wanita berbanding lelaki. Ini mungkin menjelaskan kenapa orang perempuan lebih banyak

mempamerkan emosi, empati, kawalan diri dan kebimbangan.

otak wanita vs otak lelaki

Peredaran darah yang lebih banyak di kawasan limbik otak pula menjelaskan mengapa wanita

lebih terdedah untuk mengalami gangguan keresahan, insomnia dan kecelaruan makan.

Mungkin sebab itu jugalah secara majoritinya orang perempuan dikatakan lebih complicated

daripada orang lelaki. Setuju?

Rujukan: IOS Press

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...