PELAKON Zul Ariffin kehilangan ibunya, Robiah Nasir yang meninggal dunia akibat serangan
jantung, kira-kira jam 4 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin kehilangan ibunya, Robiah Nasir yang meninggal dunia
akibat serangan jantung, kira-kira jam 4 pagi tadi.
Berita itu disahkan kelab peminatnya, Zul Ariffin FC di laman Instagram, pagi tadi.
Status dimuat naik berbunyi:
"Kami akan sentiasa mengingati Allahyarham sebagai insan yang sangat positif, bertenaga dan
menyokong. Sama-sama berdoa dan moga Allahyarham berada di tempat yang baik."
Difahamkan, Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman kakak Zul di Damansara, Petaling
Jaya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zuhur.
Melalui perkongsian wakil Zul Ariffin FC, pelakon utama filem Tombiruo : Penunggu Rimba itu
sangat menyayangi ibunya.
Selain itu, foto Zul bersama arwah ibunya yang dimuat naik, turut dihujani ucapan takziah.
sumber:Beritaharian
Ulasan
Catat Ulasan