Langkau ke kandungan utama

Cara Yang Berkesan Atasi Migrain Tanpa Ubat



Migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk, jika ianya menyerang sering disertai dengan

mual, muntah dan juga menjadi sangat sensitif atau peka terhadap cahaya dan suara. Serangan

migrain biasanya dirasakan hanya pada setengah bagian kepala.

Serangan migrain boleh menyebabkan kesakitan ketara yang berlanjutan dari beberapa jam ke

berhari-hari lamanya. Kaum wanita lebih cenderung untuk mengalami migrain berbanding dengan

kaum lelaki.

Ubatan-ubatan yang berlebihan diambil boleh menjejaskan kesihatan anda. Sebaiknya elakkan

mengambil ubat-ubatan yang berlebihan untuk merawat migrain anda.

Punca migrain

Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan serangan migrain. Ia termasuk:

-perubahan hormon pada wanita. Wanita cenderung untuk alami serangan migrain ketika datang

haid. Ini dikatakan berpunca dari perubahan paras estrogen di mana ia menjadi rendah ketika

wanita datang haid.

– Makanan. Antara makanan yang boleh cetuskan migrain adalah keju (yang disimpan lama),

makanan yang masin, makanan diproses, makanan berlemak dan coklat

– Bahan tambahan dalam makanan. Pemanis aspartame dan pengawet glutamat monosodium (MSG),

yang terdapat dalam banyak makanan, boleh mencetuskan migrain.

– Minuman beralkohol terutamanya wine dan minuman tinggi kandungan kafein boleh mncetuskan

migrain.

– Kurang atau terlebih tidur.

– Terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan

– Tekanan emosi atau fizikal.

– Ubat-ubatan. pil perancang dan vasodilators, seperti GTN, boleh memburukkan migrain.

Cara atasi migrain

Walaupun pakar kesihatan tidak dapat menentukan dengan tepat punca serangan migrain, namun

mereka memahami perubahan fisiologi yang berlaku apabila migrain menyerang. Apabila sel-sel

saraf di dalam otak terangsang berlebihan, ia melepaskan bahan kimia yang menyebabkan

keradangan dan bengkak dalam saluran darah di otak dan leher. Jadi, langkah terbaik untuk

mengatasi migrain adalah dengan menangani isu ini.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu mencegah dan mengurangkan kekerapan dan

keterukan serangan migrain.

Senaman

Untuk pesakit migrain, senaman adalah aktiviti fizikal yang dapat bantu melegakan migrain.

Senaman ringan membantu mengurangkan ketegangan dan menghindari tekanan, iaitu pencetus

kepada serangan migrain. Senaman juga mencetuskan pembebasan endorfin, yang bertindak

sebagai sedatif ringan.

Elakkan senaman yang terlalu berat dan berlebihan. Ia boleh cetuskan migrain bukanlah

mencegah atau mengurangkannya.

Magnesium

Dalam kebanyakan kajian, kekurangan magnesium dikaitkan dengan serangan migrain. Magnesium

membantu merehatkan saraf dan otot serta menghantar impuls saraf di seluruh badan dan otak.

Di samping itu, magnesium membantu menghalang saraf daripada menjadi terlebih teruja. Jadi,

mineral ini sangat membantu dalam pencegahan dan pengurangan migrain.

Badan kita tidak menghasilkan magnesium. Untuk itu, kita perlu dapatkan keperluan yang

mencukupi dari pemakanan harian dan juga makanan tambahan. Sumber makanan kaya dengan

magnesium termasuk biji labu, bayam, Swiss Chard, salmon Alaska liar, halibut, biji bunga

matahari, bijan, flaxseeds, Amaranth, quinoa, kacang soya, dan kacang hitam.

Vitamin B-kompleks

Vitamin B banyak terlibat dalam pembentukan neurotransmitter seperti serotonin, yang mungkin

kurang pada orang yang mengalami migrain. Malangnya, ramai orang mempunyai paras vitamin B

yang rendah dan ini menyebabkan kemerosotan tenaga, sel darah dan kesan adrenal yang tidak

sihat, dan gejala-gejala sakit kepala.

Vitamin B-kompleks terdiri dari sekumpulan lapan vitamin larut air : thiamine, riboflavin

(B2), niasin, vitamin B6, folat, vitamin B12, biotin dan asid Pantothenic. Kehadiran kesemua

vitamin ini bersama-sama dapat meningkatkan sel-sel otak, peredaran darah, fungsi imun dan

kesihatan kardiovaskular.

Kajian menunjukkan bahawa riboflavin boleh mengurangkan kekerapan dan tempoh migrain

manakala vitamin B3 menenangkan sakit kepala vaskular dengan membuka saluran darah untuk

meningkatkan aliran darah. Jadi, cuba amalkan vitamin B complex setiap hari, memandangkan

manfaatnya sangat bagus untuk mengurangkan dan mencegah serangan migrain.

Asid lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 adalah bahan anti-radang yang banyak terdapat dalam sumber-sumber

makanan, terutamanya ikan, kacang, dan benih. Satu kajian di Denmark yang telah melaporkan

bahawa sebanyak87 peratus daripada pesakit migrain memberitahu keadaan migrain mereka

menjadi semakin baik dengan pemgambilan suplemen omega-3 setiap hari.

Asid lemak Omega-3 melindungi sel-sel otak dan mengurangkan keradangan, yang boleh membantu

untuk mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan migrain. Di samping itu, omega-3 didapati

bermanfaat dalam mengurangkan kekerapan dan tempoh sakit kepala migrain.

Kekal hidrat

Pengambilan air yang cukup dalam badan boleh bantu mengurangkan gejala migrain seperti sakit

kepala. Cara yang mudah ini boleh bantu mengekalkan tenaga dan mengelakkan sakit kepala.

Jadi, pastikan minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Di samping itu, boleh

tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air seperti timun,

saderi, bayam, kobis bunga, tembikai, strawberi dan limau gedang.

Feverfew

Feverfew adalah sejenis herba yang digunakan secara meluas oleh pakar herba dan pengamal

perubatan traditional cina untuk mencegah migrain dan sakit kepala.

Feverfew membantu mengurangkan rasa sakit berdenyut yang berkaitan dengan migrain dengan

mengurangkan keradangan, terutamanya dalam saluran darah di dalam otak. Ia juga mempunyai

kesan sampingan yang minimum. Ia boleh membantu melegakan rasa loya dan nak muntah pada

penghidap migrain yang mengalami gejala-gejala tersebut.

Sumber: Webkesehatan.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag