Somnambulism adalah istilah kepada gejala sleepwalking. Ia boleh dialami pada semua
peringkat umur, tetapi kebiasaannya ia terjadi pada usia muda.
Faktor terbesar yang menyumbang kepada gejala sleepwalking adalah disebab bebanan yang
dialami dalam otak manusia.
Sebanyak 15% kanak-kanak sihat pernah mengalami tidur berjalan dan hanya segelintir orang
dewasa saja yang mengalaminya.
Beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala tersebut adalah kerana kelelahan, stres,
gelisah, sakit.
Gangguan tidur berjalan atau somnambulism (sleepwalking) adalah satu keadaan dimana
seseorang bangun dan berjalan ketika sedang tidur.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya jika anda mengalami penyakit tersebut dianggap bijak?
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology mendedahkan, individu yang memiliki
kecenderungan berjalan ketika tidur berupaya melakukan beberapa kerja secara serentak lebih
baik berbanding orang yang tidur normal.
Penyelidik berjaya membuat penemuan itu selepas menguji kemampuan orang yang berjalan ketika
tidur untuk tidak mengendahkan gangguan semasa berjalan ketika mereka sedang berjaga.
Responden somnambulis juga diminta menyebut set nombor dalam urutan menurun sambil berjalan
dalam kiraan tujuh langkah didapati dapat berjalan secara normal semasa bergerak ke objek
sasaran.
Orang yang tidur normal pula tidak dapat berbuat demikian kerana cenderung untuk fokus
kepada kiraan nombor yang dibuat dan langkahan lebih lambat sampai ke sasaran.
Ini menunjukkan golongan somnambulis mampu melakukan beberapa kerja pada satu masa dengan
lebih baik berbanding orang normal.
Sumber: Hanasuva.com
kerdit : AliffChannel
Ulasan
Catat Ulasan