GAZA: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki dekat kawasan sempadan di sini, menjadikan
ia mangsa kelima ketika bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara
bangsa Yahudi itu kian memuncak.
Kementerian kesihatan melaporkan, Yasser Sokar, 32, mangsa kelima di Semenanjung Gaza sejak
Israel melancarkan serangan udara selepas Presiden Donald Trump membuat pengumuman penuh
kontroversi pada 6 Disember lalu.
Jurucakap kementerian, Askraf al-Qudra berkata, mangsa ditembak ketika pertempuran sepanjang
sempadan Gaza di utara dekat kawasan penempatan Palestin. - AFP
Sumber:Berita Harian
Ulasan
Catat Ulasan