TOKYO: Jepun memperuntukkan AS$46 bilion (RM187.6 bilion) untuk menguatkan pertahanan peluru
berpandunya bagi menghadapi ancaman Korea Utara.
Menurut akhbar Nikkei, peruntukan 5.19 trilion yen untuk tahun fiskal bermula April 2018 itu
meningkat berbanding 5.12 trilion yen yang diperuntukkan untuk pertahanan bagi tahun semasa.
Sebahagian besar peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan aspek keselamatan negara
Matahari Terbit, khusus bagi melindunginya daripada ancaman program pembangunan peluru
berpandu dan nuklear Korea Utara.
Pembiayaan selebihnya adalah untuk membiayai pembangunan sistem pangkalan pemintas peluru
berpandu darat Amerika Syarikat (AS), Aegis Ashore, di sini.
Minggu lalu, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera, berkata Jepun merancang untuk
membeli peluru berpandu jarak jauh yang mencapai jarak kira-kira 900 kilometer daripada
firma AS. - AFP.
sumber:Berita Harian
Ulasan
Catat Ulasan