Langkau ke kandungan utama

Majikan tidak lagi boleh menghantar WhatsApp selepas waktu bekerja melainkan pekerja dibayar gaji lebih


KUALA LUMPUR – Malaysia telah mencatatkan penggunaan WhatsApp tertinggi di dunia. Jadi tidak

hairanlah jika hampir kesemua urusan seharian dilakukan dengan bantuan aplikasi ini. Hal ini

menjadi antara penyabab tekanan kepada pekerja yang menerima pesanan WhatsApp daripada

majikan mereka selepas waktu bekerja.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih

5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika

waktu kerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa. Itu

terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu

bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, pekerja mula

tertekan apabila urusan kerja masih sahaja berlaku menerusi aplikasi itu walaupun selepas

tamatnya waktu pejabat. Selain itu, aplikasi itu juga dikatakan tidak sesuai digunakan bagi

urusan rasmi pejabat.

“Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat

perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya.

“Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan

penyampaian pesanan,” tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggubal undang-undang yang lebih jelas dengan

mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan

melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Seorang kakitangan di sebuah institut perniagaan di ibu negara berkata, sudah menjadi lumrah

majikannya mengeluarkan arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media

sosial.

Perkara tersebut dikatakan bukan sahaja mengganggu emosinya malah menjejaskan masa

berkualitinya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, ia juga menimbulkan salah faham dalam kalangan anggota keluarganya, kerana masa

berkualiti dengan mereka sering diganggu.

Dia bersetuju sekiranya pihak sumber manusia memberikan garis panduan lebih jelas mengenai

batas waktu urusan bekerja sejajar dengan perkembangan dengan teknologi komunikasi ataupun

mempunyai insiatif khas serta elaun sekiranya ada perbincangan kerja di luar waktu bertugas.

Tambahan lagi, dia lebih suka jika ada budi bicara diantara majikan dan pekerja dalam

meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

sumber:Era Baru

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag