Langkau ke kandungan utama

OIC iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Palestin


PRESIDEN Turki, Tayyip Erdogan bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istambul, Turku. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di sini, sebulat

suara mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin dan menggesa masyarakat

dunia untuk mengambil tindakan sama.

Persidangan itu juga mengisytiharkan tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu

negara Israel, 'tidak sah dan terbatal dari segi undang-undang' dan 'satu cubaan melemahkan

semua usaha damai' serta menggalakkan 'ekstremisme dan keganasan'.

Pertubuhan yang dianggotai 57 negara anggota, termasuk Arab Saudi dan Iran, turut

menegaskan, semua negara anggota komited kepada 'satu-satunya penyelesaian komprehensif bagi

memastikan keamanan' di wilayah terbabit.

Deklarasi Istanbul itu juga menegaskan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf

Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, peranan negara kuasa besar berkenaan sebagai penaja

perdamaian di Asia Barat tidak lagi sah.

"Deklarasi Sidang Kemuncak OIC memutuskan AS perlu menarik diri daripada memainkan peranan

dalam proses damai di Asia Barat," lapor stesen televisyen Turki, NTV.

Deklarasi itu juga menegaskan langkah Washington menyamai 'galakan kepada Israel yang

meneruskan dasar kolonialisme, pendudukan, aparteid dan pembersihan etnik.'

Sidang kemuncak negara-negara Islam itu dianjurkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan

selaku Pengerusi OIC sebagai tindak balas terhadap tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis

sebagai ibu negara Israel.

Erdogan melabel Israel sebagai negara penakluk dan pengganas.

"Semua negara yang menghargai undang-undang antarabangsa dan keadilan perlu mengiktiraf

Baitulmaqdis yang diduduki Israel sebagai ibu negara Palestin," katanya menegaskan 'negara

Islam tidak akan melepaskan' tuntutan itu.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapannya pada persidangan sama

memberitahu pemimpin negara Islam bahawa Washington tidak lagi boleh menjadi broker damai

yang jujur.

"Peranan AS dalam proses politik tidak lagi boleh diterima kerana mereka memihak kepada

Israel.

"Ini adalah pendirian kami dan kami berharap anda (negara anggota OIC) menyokong kami

(Palestin) dalam perkara ini," kata Abbas.

Abbas menegaskan: "Tidak mungkin wujud keamanan atau kestabilan di Asia Barat selagi

Baitulmaqdis tidak diiktiraf sebagai ibu negara Palestin".

Sementara itu di Riyadh, Raja Arab Saudi, Raja Salman, berkata Palestin berhak menjadikan

Timur Baitulmaqdis yang diduduki Israel sebagai ibu negara mereka, menyokong gesaan dalam

sidang kemuncak OIC di Istanbul yang tidak dihadirinya.

"Pentadbiran diraja menggesa satu penyelesaian politik bagi menyelesaikan krisis serantau,

terutama berkaitan isu Palestin dan pengembalian hak sah rakyat Palestin termasuk hak

mewujudkan negara bebas dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya," katanya.

Raja Salman berucap di hadapan Majlis Rundingan pentadbiran diraja itu ketika badan pan-

Islam dunia mengadakan sidang kemuncak tergempar di Istanbul sebagai tindak balas terhadap

pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh AS.

Raja Salman memperbaharui kecamannya terhadap keputusan Trump, mengatakan ia 'mewakili sikap

amat berat sebelah terhadap hak penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang dijamin oleh resolusi

antarabangsa.' - REUTERS/AFP

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag