Penunjuk perasaan Palestin bersembunyi di sebalik semak dan kawat duri ketika jip Israel
memadamkan api ketika melakukan protes terhadap keputusan Presiden AS untuk mengenali
Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, semasa pertempuran di sepanjang sempadan antara
Israel dan Gaza. - Foto EPA-EFE
BAITULMAQDIS : Sebuah roket dilancarkan ke atas pekan Sderot, di selatan Israel dari
Semenanjung Gaza, malam tadi, namun pihak tentera enggan memberikan butiran lanjut mengenai
kejadian itu.
Pengumuman oleh radio awam bagaimanapun menyebut bahawa roket itu gagal untuk meletup dan
tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, tetapi seorang wanita berusia lingkungan 50an
diberi rawatan ringan kerana mengalami kejutan.
Tembakan itu adalah yang ketiga setakat ini dan memasuki malam kedua selepas pengumuman oleh
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai
ibu negara Israel.
Sementara itu di Gaza, dua penduduk Palestin maut dalam pertempuran yang tercetus susulan
pengumuman Trump.
Seorang lagi penduduk dilaporkan berada dalam keadaan sangat kritikal selepas ditembak di
bahagian kepala semasa pertempuran itu.
Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Gaza, 14 penduduk tercedera dalam serangan
udara dilancarkan tentera Israel bagi membalas tembakan roket berkenaan.
Tentera Israel mendakwa, kira-kira 4,500 rakyat Palestin terbabit dalam keganasan di enam
lokasi di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza. - AFP
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan