Isteri mana yang mampu menahan kecewa dan retaknya hati apabila suami beristeri lain. Sudah pasti kasih sayang telah terbahagi dua. Apatah lagi apabila memikirkan ‘malam pertama’ suami dengan wanita lain, dalam rumah sendiri pula. Kisah yang mahu dikongsikan ini adalah kisah seorang isteri yang terpaksa dimadukan. Berkahwin diawal usia kerana terlalu mendengar kisah indahnya bercinta selepas bernikah. Wanita mana yang tidak mahu bahagia. Namun, kisah hitam itu memberi seribu makna dan membuatkan dirinya lebih berfikiran positif dan mampu hidup tanpa insan bernama lelaki. Mari kita hayati kisah ini. “Ini kisah aku, Si Wanita yg menyangka hidupku dulu telah habis dan tamat, diSini bermula kisah coretan hidupku. tanggal dec (tahun ku rahsiakan) aku telah di Nikahi oleh seorg lelaki yg berumur 15tahun lebih Tua driku, ya Lelaki itu suamiku.. aku cuma seorg gdis kampung yg sgt kampungan, remaja desa yg cuma tahu ttg hiruk pikuk desa, di besarkan oleh sebuah keluarga yg ramai adik