Langkau ke kandungan utama

'Tiada lagi teman gaduh dan bermanja'




TAMPIN: "Kakak dah tak ada, tiada lagi teman untuk saya bergaduh dan bermanja," kata Muhammad Addim Roslan, adik

bongsu Nor Afini, yang terbunuh selepas terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, hari ini.

Sambil menahan sebak dan menyeka air mata, Muhammad Addim, 10, berkata dia mengetahui kemalangan menimpa kakaknya,

apabila diberitahu ibu saudaranya, Norizzah Samat, 53, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah, di

sini.

"Tiba-tiba, mak cik datang ke kelas sambil memberitahu mahu membawa saya pulang. Dia kemudian beritahu kakak sudah

meninggal dunia, menyebabkan saya meraung kerana terlalu sedih dan terkejut.

"Kakak sangat rapat dengan saya. Dia yang selalu ajar buat kerja sekolah. Dia kawan bermain dan bergaduh...selepas

ni saya tak tahu nak bermanja dengan siapa," katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Sungai Kelamah di sini,

hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi tadi, Nur Afini, 14, meninggal dunia di padang sekolah berkenaan, akibat kecederaan

parah apabila kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah pisau jentera berkenaan yang melayang.

Dua rakan mangsa, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, masing-masing cedera ringan di

telinga dan belakang kepala.

Sementara itu, Norizzah berkata, dia yang sedang mengajar menerima panggilan daripada abangnya, Roslan Samat, 55,

memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

"Saya segera ke kelas Muhammad Addim dan memberitahu kakaknya sudah tiada. Ketika itu dia menangis dan menyebut

nama kakaknya banyak kali," katanya.

Katanya, arwah yang juga anak keempat daripada lima beradik sebelum ini belajar di sebuah sekolah di Pahang kerana

menetap di Kuantan.

"Selepas abang (Roslan) bersara daripada sebuah syarikat swasta di Kuantan, dia membawa arwah dan adiknya pulang ke

kampung di Gemas untuk menguruskan tanah rancangan FELDA. Mereka baru saja berpindah awal bulan lalu," katanya.

Katanya, arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA itu malam ini.

Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, Tampin dipecayai seorang murid perempuan
meninggal dunia manakala dua rakannya cedera akibat terkena bilah pisau sebuah traktor mesin rumput di sekolah itu,

10.30 pagi. - Foto Adzlan Sidek

Sementara itu, rakan sekolah mangsa, Mohd Edzlidin Mohd Nor, 14, berkata, lebih 50 pelajar sedang menjalani latihan

perbarisan mengikut rumah sukan masing-masing sebagai persiapan menyertai hari sukan sekolah yang dijadualkan esok.

"Saya diberitahu rakan yang menyaksikan kejadian itu, traktor berkenaan berada berhampiran dengan pelajar ketika

kejadian sebelum bilah pisau jentera itu tercabut dan melayang terkena tiga pelajar termasuk Nur Afini.

"Keadaan menjadi kecoh dan ramai pelajar menjerit dan menangis ketakutan melihat keadaan Nur Afini yang cedera

parah di kepala," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Mohd Yusoff Ismail, 63, merayu semua pihak

supaya menghentikan penyebaran gambar mangsa yang berada dalam keadaan tragik akibat kemalangan itu.

"Kami berharap orang ramai menghormati perasaan keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan gambar sedemikian. Kami

berharap keluarganya bersabar dengan kejadian yang berlaku," katanya ketika ditemui di sekolah itu.

sumber:Beritaharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...