Langkau ke kandungan utama

Kisah misteri penuh sejarah



Kesempatan berkunjung ke rumah yang pernah didiami penulis tersohor Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith bersama

suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George benar-benar mencetuskan keterujaan dalam diri.

Rumah agam Agnes Keith yang terletak di Jalan Istana, Sandakan, Sabah, antara destinasi menarik yang perlu

dikunjungi sekiranya ke bandar itu.

Keunikan seni bina, dekorasi rumah dan sejarah yang terkumpul di dalamnya menambahkan lagi keinginan penulis untuk

menjejakkan kaki ke situ.

Dari luar, rumah dua tingkat yang dibina berasaskan kayu itu menggamit kedatangan pengunjung.

Walaupun suatu ketika dulu rumah itu terbiar dan hampir musnah, namun pemuliharaan yang dilakukan oleh Muzium

Negeri Sabah pada 2001 berjaya mengekalkan reka bentuk asalnya.

Ditambah pula dengan lokasinya yang berada di atas bukit, dikelilingi pepohon menghijau menjadikan suasana di situ

begitu nyaman dan damai.

Melangkah masuk ke dalamnya membuatkan penulis terpana seketika dengan hiasan dalaman yang mengekalkan konsep asal

dekorasi rumah berkenaan yang dilengkapi perabot zaman kolonial.

Meskipun susun aturnya kelihatan sangat ringkas namun penggunaan perabot kayu di setiap sudut rumah itu sama ada

katil, almari, meja hias mahupun meja makan membuatkan hiasan dalaman rumah berkenaan berada pada kelas tersendiri

pada zamannya.

Barang-barang antik seperti pasu, tembikar, cawan, peti ais, mesin jahit, alat pemain piring hitam, lampu, mesin

taip, gong, tempayan, pinggan mangkuk, telefon dan lain-lain turut melengkapkan dekorasi rumah berkenaan.

Dindingnya pula dihiasi keterangan mengenai Agnes berserta gambar keluarga dan pemandangan sekitar Sandakan pada

zaman silam dengan sendirinya mengimbau sejarah keluarga itu dan bandar berkenaan.

Di tingkat bawah, terdapat ruang tamu serta dapur dengan ruang makan yang sangat luas. Sementara itu di tingkat

atas, terdapat bilik tidur utama dan bilik tamu yang kini dijadikan ruang teater selain bilik bacaan dan galeri

mini bergambar memaparkan perjalanan hidup Agnes terutama ketika menetap di Sandakan.

Kunjungan ke rumah yang juga dikenali sebagai Newlands itu memang berbaloi kerana di sebalik keunikan seni bina

serta dekorasinya, ia menyimpan banyak khazanah sejarah terutama mengenai Agnes, wanita yang diabadikan namanya

pada rumah berkenaan.

Malah, ramai yang tidak tahu rumah agam di atas bukit itu turut menyimpan cerita misteri. Hanya mereka yang

berkunjung ke rumah itu akan mengetahuinya!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Agnes Keith? Apakah istimewanya wanita itu sehingga namanya diabadikan

pada rumah berkenaan sedangkan mengikut senarai yang dipaparkan, rumah itu pernah dihuni 26 individu lain.

Agnes dilahirkan pada 6 Julai 1901 di Illinois, Amerika Syarikat. Sejak zaman remaja, dia gemar menulis cerita

fiksyen menggunakan pelbagai nama samaran. Karyanya banyak disiarkan dalam beberapa majalah terkemuka termasuk

Reader’s Digest.

Malah, selepas menamatkan pengajian di University Of California, Berkeley, dia bertugas sebagai wartawan dengan The

San Francisco Examiner pada 1924.

Selepas berkahwin dengan Harry Keith, Pegawai Konservasi Hutan yang bertugas di Sandakan pada 1934, Agnes mengikut

suaminya ke Sandakan. Pada awalnya mereka tinggal di rumah bujang yang disediakan untuk Harry tapi akhirnya

berpindah ke sebuah rumah lebih selesa di atas bukit.

Walaupun mereka adalah penghuni kedua tinggal di rumah itu selepas M M Clark, namun rumah itu lebih sinonim

dikaitkan dengan Agnes kerana dalam rumah itu dia menghasilkan buku ‘Land Below The Wind’ pada 1939 yang

menceritakan mengenai kehidupan masyarakat tempatan Sabah serta alam semula jadinya.

Buku itu turut mengalahkan 600 buku lain untuk memenangi pertandingan kategori bukan fiksyen anjuran majalah

Atlantic Monthly.

Malah gelaran Negeri Di Bawah Bayu yang diberikan kepada Sabah adalah inspirasi daripada karya Agnes itu

sehinggakan dia dianggap sebagai ‘duta’ negeri berkenaan.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Agnes dan keluarganya pulang ke Amerika Syarikat. Namun, apabila kembali ke

Sandakan pada 1946, mereka mendapati rumah itu musnah.

Ia kemudian dibina semula untuk didiami keluarga Keith di mana Agnes menamakannya sebagai Newlands. Di dalam rumah

itulah terhasilnya dua lagi buku karangan Agnes berjudul ‘Three Came Home’ pada 1946 dan ‘White Man Returns’

(1951).

Pasangan itu pulang ke tanah air mereka pada 1952 namun nama Agnes terus kekal dalam ingatan masyarakat Sabah

khususnya Sandakan sehinggakan apabila Muzium Negeri Sabah membina semula rumah itu, ia dinamakan Rumah Agnes Keith

sebagai satu penghargaan kepadanya.

Antara catatan Agnes iaitu tinggal di rumah itu memang menjadi idamannya dan dia sangat gembira sepanjang menjadi

penghuninya.

Namun Agnes tidak lupa mencatatkan pengalaman seram yang sering dilalui sepanjang tinggal di rumah berkenaan.

Agnes menulis: “Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai

mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung

jalan dan menoleh ke belakang.”

Malah, pengalaman seram turut dialami seorang lagi penghuni, Rosemary, isteri kepada G L Carson yang menetap di

situ selama 12 tahun (1955-1967). Rosemary tinggal seorang diri ketika suaminya bertugas di Kota Kinabalu.

Menurut Rosemary, dia terbangun pada waktu Subuh dan terdengar pintu di bilik hujung rumah ditutup beberapa kali,

diikuti bunyi orang berjalan menuju ke biliknya.

Apabila dia membuka mata, Rosemary mendapati satu lembaga wanita berdiri di hujung katil sambil memerhati ke

arahnya. Dia tidak mengetahui apa yang berlaku kerana selepas itu dia pengsan.

Seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967 hingga 1968 pula terserempak dengan

wanita sedang berdiri di anak tangga.

Banyak lagi catatan dalam bentuk makalah yang dipamerkan di satu sudut rumah itu yang menceritakan kejadian seram

dialami penghuni rumah berkenaan.

Ia membuktikan di sebalik keunikan serta sejarahnya, Rumah Agnes Keith turut menyimpan cerita misteri yang pastinya

menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi.

Mungkinkah suatu hari nanti, cucu cicit Agnes akan kembali ke sana untuk menyaksikan sejarah yang ditempa oleh ahli

keluarganya? Tiada siapa yang tahu.

Sumber: mymetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag