Langkau ke kandungan utama

6 Makanan Yang Dinasihatkan Untuk Elakkan Jika Mahu Turun Berat Badan Secara Sihat


1. Minuman Manis

Minuman manis biasanya tinggi dengan gula. Samada air soda atau minuman kordial atau minuman berkotak pasti

mengandungi gula. Gula apabila diambil dalam jumlah yang sedikit tidak memberi kesan kepada kenaikan berat badan.

Namun, apabila diambil berlebihan akan memberikan kesan yang besar kepada pengawalan berat badan.

1 sudu besar gula memberikan 15g karbohidrat dan 60 kcal.

Bayangkan jika sekiranya setiap hari sebanyak 8sudu besar gula diambil sehari sudah memberikan hampir 500kalori

sehari. 500kalori yang berlebihan setiap hari secara konsisten mampu menaikkan berat badan sehingga 2kg sebulan.

Air manis dikategorikan sebagai makanan yang mempunyai nutrien yang rendah. Ia hanya mempunyai kalori daripada

gula, namun kandungan mineral dan vitaminnya tersangat rendah dan tidak memenuhi keperluan tubuh.

Saranan WHO untuk menghadkan pengambilan gula sebanyak 10% daripada jumlah pengambilan kalori sehari. Sekiranya

keperluan tubuh hanyalah 1800kcal sehari, hanya sebanyak tiga sudu besar gula daripada minuman dan makanan sahaja

dibenarkan.
2. Jus Buah

Buah mengandungi gula ringkas glukosa dan fruktosa. Apabila buah diambil secara asli, serat yang terkandung di

dalam buah memperlahankan kenaikan gula darah. Glukosa daripada buah digunakan sebagai sumber tenaga. Fruktosa pula

dibawa ke hati dan ditukarkan menjadi asid lemak yang akan disimpan di bahagian perut, punggung, dada dan pinggang.

Namun begitu, apabila buah-buahan dijadikan jus, seratnya dibuang. Menyebabkan kandungan glukosa fruktosa tadi

menjadi lebih pekat. Jus mengandungi kandungan gula yang tinggi. Namun kandungan serat yang rendah. Apabila diambil

dengan kerap dan dalam jumlah yang banyak, ia akan menyebabkan lebih banyak asid lemak disimpan di dalam tisu

tubuh. Secara tak langsung, kenaikan berat badan akan terjadi.

Hadkan pengambilan jus buah segar sebanyak 120ml sehari sahaja. Atau ambil buah 2-3 hidangan sehari.

Elakkan jus buah terproses kerana kandungan seratnya yang rendah dan telah ditambahkan gula menyebabkan ia

mempunyai kalori yang tinggi.
3. Minuman Isotonik

Minuman isotonik adalah antara minuman yang kaya dengan elektrolit dan gula. Ia diformulasikan untuk menggantikan

garam mineral yang hilang semasa bersukan atau berlaku perpeluhan yang banyak seperti membuat kerja berat.

Minuman isotonik ini tinggi kandungan gula dengan tujuan membekalkan tenaga dan mengekalkan hidrasi dan elektrolit

kepada atlit semasa sesi latihan atau sukan yang mengambil masa yang lama seperti maraton.

Pengambilan minuman ini tanpa menjalani latihan sukan yang panjang menyebabkan tenaga yang diambil tidak digunakan

dengan baik dan dikaitkan dengan masalah obesiti dan penyakit kronik.

Untuk satu hidangan 240ml minuman ini membekalkan 3-4sudu teh gula. Manakala minuman tenaga membekalkan sebanyak

11sudu teh gula.

Hadkan pengambilan minuman ini mengikut keperluan. Ambil air kosong atau mineral sekiranya bersenam.
4.Yogurt Berperisa dan Minuman Yogurt

Yogurt adalah antara hasil tenusu yang bagus untuk tubuh. Selain ia kaya dengan protein, ia juga merupakan sumber

kalsium yang baik untuk tubuh. Probiotik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses penghadaman makanan.

Namun begitu, kebanyakan yogurt yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan lemak yang rendah atau 0 lemak.

Apabila dilihat kembali pada label makanan, kandungan gulanya adalah tinggi. Tambahan buah-buahan juga turut

menaikkan kandungan gulanya.

Ambil yogurt asli atau Greek Yogurt tanpa tambahan gula di dalam diet.
Tambah potongan buah asli ke dalam yogurt bagi meningkatkan rasanya.
Hadkan pengambilan minuman berkultur 1-2 botol kecil, seminggu.
5.Krimer Pekat Manis

Krimer pekat manis atau dikenali dengan susu pekat manis atau susu tin sering ditukar ganti dengan susu tepung atau

susu segar. Hakikatnya, krimer pekat manis dihasilkan daripada campuran gula, pepejal susu dan minyak kelapa sawit.

Ia tinggi kandungan kalori, gula dan lemaknya namun rendah protein.

Untuk satu hidangan 20g krimer pekat manis (1 sudu besar) ini boleh menyumbangkan sebanyak 60-70kalori, 2-3g lemak

dan 12-15g gula. Namun begitu protein yang disumbangkan hanyala lebih kurang 1-2g sahaja. Untuk satu hidangan

protein yang baik ia perlulah menyumbang 7-8g protein untuk satu hidangan iaitu 4kali ganda hidangan krimer pekat

manis.

1 gelas susu penuh krim memberikan 150kalori, 15g gula, 8gram protein dan 5gram lemak.
Namun 4 hidangan krimer pekat manis memberikan 240kalori, 48g gula, 8 gram protein dan 8gram lemak.

Bandingkan perbezaan nutriennya.
Mengambil krimer pekat manis umpama menambah minyak dan gula sahaja ke dalam minuman.
6. Snek Terproses

Kerepek dan keropok segera biasanya tinggi kandungan garam dan lemaknya. Ini adalah kerana ia telah diproses dan

ditambahkan pengawet bagi memastikan ia tahan lama dan sedap dimakan. Namun begitu, kandungan vitamin dan

mineralnya rendah dan tidak berkualiti untuk keperluan tubuh badan. Sesetengah snek yang disira gula atau madu pula

akan meningkatkan kalori dan kandungan gulanya.

Mengambil dalam jumlah yang sedikit tidak mengapa, satu ke dua minggu. Namun, menjadikan ia sebagai snek harian

mnggalakkan budaya ‘mindless eating’ di mana kita makan sambil menontkn TV, memandu atau membaca tanpa

mengambilkira jumlah yang diambil. Sedar tidak sedar satu pek sudah habis dimakan dan hampir 400kalori sudah

diambil. Secara tak langsung pengambilan kalori sehari telah melebihi keperluan tubuh.

Amalkan makanan yang sihat dan seimbang.
Bersenam secara konsisten.

Elakkan suplemen atau produk pelangsing yang menjanjikan berat turun dengan banyak untuk tempoh masa yang pendek.
Berhati-hati dengan testimonial ‘overclaim’ dari produk.
Bimbang memakan diri.

Kongsikan jika bermanfaat. Artikel hasil Perkongsian Puan RuQayyah Muhd

sumber:tengku asmadi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag