Langkau ke kandungan utama

tahukah anda 12 Jenis Makanan yang Melawan Kanser


1. Sayur-sayuran Berdaun Hijau

Sayur-sayuran ini merupakan makanan utama kepada mana-mana diet sihat disebabkan ia kaya dengan vitamin, mineral,

antioksidan serta enzim. Ia juga kaya dengan kalori, lemak, sodium dan toksin-toksin yang lain. Ia terdiri daripada

bayam, kale, salad arugula dan lain-lain. Semuanya kaya dengan antioksidan yang diketahui berupaya dalam melawan

kanser, termasuklah vitamin C dan beta-karotina (sejenis vitamin A).

Antara khasiat lain seperti glukosinalat, antibakteria dan memiliki ciri-ciri antivirus, menyahaktifkan karsinogen,

membantu memprogramkan semula sel kanser bagi mematikannya serta mencegah pembentukan tumor dan metastasis.
2. Sayur-sayuran Krusiferus

Sayur-sayuran krusiferus diketahui berupaya bagi melawan kanser dan juga merupakan antara makanan yang kaya dengan

vitamin C. Kebanyakannya juga kaya dengan glutation, yang dikenali sebagai antioksidan yang utama.

Kebanyakan sayur-sayuran jenis ini sangat kaya dengan nutrien yang dikenali sebagai isotiosianat yang mampu untuk

mencegah kanser. Tambahan pula sayuran seperti kubis dan brokoli juga mengandungi sulforafan dan indol – yang

merupakan dua jenis antioksidan dan stimulator yang kuat serta enzim penyahtoksin yang berupaya melindungi struktur

DNA.
3. Beri

Buah beri merupakan antara buah yang kaya dengan antioksidan di dunia. Buah blueberry, raspberry, ceri, strawberi,

beri goji, camu camu dan blackberry telah digunakan dalam banyak resipi – yang merupakan antara sumber vitamin C,

vitamin A dan asid galik. Selain itu, buah beri ini juga merupakan agen anti fungus yang kuat dan meningkatkan

keimunan.

Buah beri juga kaya dengan antioksidan proantosianidin, yang telah ditemui berupaya bagi melambatkan proses

penuaan. Kandungan penol, zeaxantin, likopena, kriptoksantin, lutein dan polisakaradia juga merupakan antara

khasiat buah beri yang lain.
4. Buah-buahan dan Sayur-sayuran Berwarna Jingga Terang ( buah citrus, labu, ubi kentang dan lain-lain)

Pigmen berwarna terang yang terdapat pada makanan daripada tumbuhan menunjukkan bahawa ia kaya dengan pitokimia

terutamanya antioksidan karotenoid. Inilah antara sebab mengapa anda perlu makan makanan yang pelbagai warna.

Karotina (alpha-karotina, beta-karotina, likopena, lutein, kriptokantin) merupakan pecahan daripada vitamin A yang

didapati dalam kebanyakan buah citrus, ubi kentang, beri, labu, skuash, dan pelbagai lagi makanan yang berasaskan

tumbuhan.

Antara khasiat yang sering dikaji ialah beta-karotina yang menjadi nutrien yang penting bagi fungsi imun,

penyahtoksik, kesihatan hati, melawan kanser kulit, mata dan organ. Manakala nutrien seperti lutein dan zeaxantin

pula terbukti bagi mengelakkan kecacatan yang berkaitan dengan mata dan kulit disebabakan kedua-dua nya bertindak

sebagai antioksidan yang bertindak menapis tenaga gelombang biru sekaligus melindungi proses sel supaya sihat.

Apabila melibatkan sayur-sayuran yang kaya dengan karbohidrat, kajian menunjukkan bahawa kerbohidrat kompleks

seperti ubi kentang sebagainya berkait rapat dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, terutamanya yang

melibatkan saluran pencernaan. Ia lebih kepada khasiat serat.
5. Herba dan Rempah yang Segar

Kunyit, mengandungi bahan aktif yang dipanggil kurkumin yang terbukti berkesan bagi mengurangkan saiz tumor dan

melawan kanser kolon dan payu dara. Bersama-sama lada hitam, kunyit juga dapat menyerap dan berupaya mengurangkan

keradangan.

Dapatkan satu sudu teh serbuk kunyit dan ¼ sudu teh lada hitam, telur setiap hari dan jadikan ia sebagai minuman

tonik. Anda juga boleh mengambil suplimen kurkumin sebanyak 1000 miligram sehari. Selain itu, herba lain yang turut

bertindak meningkatkan fungsi sistem imun termasuklah halia mentah, lada kayenna, oregano, basil dan parsli – semua

ini mudah untuk digunakan dalam pelbagai resepi, jus, hiasan dan smoothies.
6. Daging Organik

Daging organik termasuklah daging lembu atau ayam yang disarankan dalam diet untuk melawan kanser disebabkan oleh

ia kaya dengan nutrien terutamanya vitamin B12. Pengambilan daging organik akan memberikan protein yang dapat

membersihkan hati dan meningkatkan keupayaan bagi membuang toksin daripada darah dan saluran pencernaan.

Penyahtoksin dengan sumber-sumber selenium, zink dan vitamin B membantu untuk membersihkan darah, menghasilkan

hempedu yang diperlukan bagi mencernakan lemak, menyeimbangkan hormon secara semula jadi dan menyimpan vitmain,

mineral dan zat besi yang penting. Makanan yang kaya dengan mineral ini dapat membantu melawan kesan alkohol,

dadah, ganguan hormon, paras triglisakarida yang berlebihan, kekurangan potassium, obesiti serta jangkitan virus.
7. Produk Tenusu Kultur

Produk susu kultur kaya dengan sumber bakteria baik atau probiotik. Ia merupakan mikroorganisma yang memberikan

keseimbangan kepada mikrofilia di dalam usus anda dan membantu meningkatkan keimunan badan.

Hampir 80% daripada sistem imun anda terdapat di dalam perut. Jadi, adalah bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila

makanan probiotik dan suplimen boleh menghentikan pembesaran ketumbuhan dan membantu penggantian sel baru.

Salah satu cara yang mudah untuk mendapatkan lebih banyak probiotik secara semula jadi ialah dengan pengambilan

produk-produk susu asli seperti dalam bentuk keju, kefir dan yougurt. Mentah dan dikultur adalah kuncinya di sini.

Namun, proses pempasturan produk tenusu akan memusnahkan banyak nutrien yang penting termasuklah enzim, protein dan

probiotik. Kebanyakan produk tenusu hari ini kaya dengan hormon, antibiotik, penahan sakit dan racun. Maka, adalah

perlu untuk mendapatkan produk yang segar dan tidak diproses.

Dapatkan enam auns susu kultur setiap hari atau juga boleh amalkan yogurt probiotik, keju, kefir susu kambing atau

amasai. Keju pula kaya dengan protein sulfur dan lemak tepu yang sangat penting lebih-lebih lagi dalam diet bagi

pesakit kanser. Anda juga boleh boleh meningkatkan pengambilan makanan probiotik tanpa tenusu dengan pengambilan

sayur-sayuran kultur seperti kimchi, sauerkraut, kefir kelapa, kombucha atau natto.
8. Kekacang dan Bijian

Biji chia dan selasih merupakan dua makanan bijian yang kaya dengan nutrien di dunia. Ia membekalkan serat, omega-3

dan mineral-mineral yang penting. Biji hemp, bijan, labu dan bunga matahari juga berkhasiat dan kaya dengan asid

lemak sebagai mana kacang walnut, kacang brazil dan almond. Ia boleh diambil bersama smoothies, dibakar dan dimakan

bersama yourgurt. Amalkan sebanyak dua sudu teh setiap hari.
9. Minyak yang Tidak ditapis (Kelapa, Bijan, kod dan Zaitun)

Tidakkah anda tahu bahawa otak dan saraf anda bertindak mengawal seluruh fungsi tubuh badan anda dan kira-kira 60%

daripada sistem saraf anda adalah terdiri daripada asid lemak? Masalahnya kini ialah terdapat banyak makanan yang

diproses secara konvensional hari ini menggunakan minyak yang terhidrogen yang kesannya akan memusnahkan membran-

membran sel kita dan akhirnya akan menyebabkan penyakit dan toksik kepada sel.

Lemak seperti ini akan memberikan masalah kepada seluruh tubuh dan membawa kepada pengurangan fungsi sistem imun,

kesesakan sel serta keradangan yang akan menyebabkan penyakit. Gantikan minyak yang ditapis ini dengan minyak yang

berkualiti seperti minyak bijan, minyak zaitun, minyak kod dan minyak kelapa.

Semua ini akan menyegarkan semula perut anda dan memberikan sistem imun yang lebih baik, membantu anda mengekalkan

barat badan yang sihat. Tambahan pula, minyak bijan dan kod mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu memberikan

tenaga semula kepada sel anda.
10. Cendawan

Banyak khasiat yang terkandung dalam cendawan tambahan pula, rasa dan bentuk cendawan sendiri terdapat pelbagai

jenis hari ini. Namun, antara cendawan yang diketahui memiliki khasiat buat sistem imun dan telah digunakan bagi

melawan kanser sejak berkurun lamanya ialah cendawan Reishi, cordyceps dan maitake. Dapatkan ia samada dalam bentuk

kapsul atau cecair kemudiannya digunakan untuk memasak mengikut cita rasa anda.
11. Teh Tradisional

Metastasis merupakan aspek yang membunuh dalam penyakit kanser dan terhasil disebabkan oleh beberapa proses yang

saling berkaitan termasuklah pertambahan sel, angionenesis, percantuman sel, perpindahan dan jangkitan kepada

tisu-tisu yang berdekatan.

Metastasis merupakan penyebab utama yang menyebabkan kematian para pesakit kanser. Disebabkan itu, ia menjadi bahan

kajian yang utama dalam kajian terhadap kanser hari ini. Beberapa kajian klinikan dan epidermiologikal telah

melaporkan bahawa pengambilan teh hijau boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Teh hijau mengandungi sebatian

utama polifenolik termasuklah epigallocatechin-3-gallate, yang akan menghalang pembiakan ketumbuhan dan

angiogenesis.

Teh yang dihasilkan daripada daun pokok Camellia sinensis sering kali digunakan sebagai minuman diseluruh dunia

selain daripada teh hijau, hitam dan oolong. Disebabkan teh tradisional dilihat memiliki khasiatnya yang

tersendiri, antara teh yang banyak mengandungi khasiat untuk kesihatan manusia ialah teh hijau seperti teh hijau

matcha. Ia mengandungi peratus sebatian polyphenolic yang tinggi selain daripada catechin, gallocetechin dan EGCG.

Antioksidan seperti EGCG kelihatan antara catchin yang paling kuat disebabkan oleh kesan anti0kanser yang

dimilikinya. Ia kira-kira 25-100 kali lebih berkesan daripada vitamin C dan E! EGCG telah dilaporkan memiliki

kaitan dengan pengawalan sel kanser dariapda terus merebak.
12. Ikan Liar

Menurut satu kajian pada tahun 2004 yang telah dijalankan boleh para pengkaji di Richerche Institute of

Pharmacology mendapati, pengambilan ikan yang tinggi merupakan antara diet yang bagus bagi fungsi imun yang lebih

baik.

Kajian tersebut yang mengkaji kesan diet Mediterranean yang membantu melawan kanser mendapati bahawa mereka yang

dilaporkan makan ikan yang sedikit dan lebih kerap makan daging merah adalah lebih disyaki untuk menghidap kanser.

Ikan liar terutamanya ikan yang bersaiz kecil seperti salmon, makerel dan sardin merupakan makanan yang kaya dengan

omega-3 yang memberikan khasiat kepada otak, hormon dan sistem saraf. Walaupun kajian terkini mendapati terdapatnya

hubungan antara makanan ini dengan pencegahan kanser serta terapi anti-ketumbuhan.

Ia menunjukkan peranan omega-3 membantu bagi mencegah kanser dan mengurangkan simptom-simptom rawatan seperti

kimoterapi. Omega-3 telah menunjukkan bahawa ia dapat membantu memelihara otot dan fungsinya dalam rawatan

kimoterapi serta mengurangkan kesan-kesan keradangan akibat kandungan bahan kimia yang digunakan ketika rawatan

itu.

Jadi anda nampak kan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif dapat membantu anda mencegah dan melawan kanser. Mulakan

pemakanan sihat tanpa alasan lagi.

Kesihatan Anda Tanggungjawab Anda !!

sumber:tengku asmadi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag