Langkau ke kandungan utama

Berhubung Dengan Alam Ghaib



BERHUBUNG DENGAN ALAM GHAIB

Ini kisah benar pengalaman aku.Teruja dengan alam mistik membuatkan aku sanggup belajar dan memahami selok belok

alam ini.

Cita cita untuk berhubung dengan alam ghaib ditambah lagi dengan melihatnya sendiri membuatkan adrenalinku membuak

buak.

Peluang itu terbuka luas bila rakan permainanku ‘Ajis’ mengajak aku ke Melaka pada minggu hadapan.

Kami katanya akan berjumpa dengan seorang tua selaku penjaga di sebuah rumah berhantu. Disitulah kami akan

dibukakan segalanya rahsia mistik alam. Huh!

Dalam tempoh seminggu ini aku mempersiapkan diri dari segi zahir dan batin. Setiap pagi selepas Subuh aku akan mula

berlari dari Taman Matahari Indah dan berakhir di sebuah taman permainan di Taman Bandar Senawang N9.

Dan di taman permainan itu pula aku akan melakukan pelbagai senaman menguatkan tubuh. Syukur taman tersebut ada

menyediakan pelbagai peralatan senaman. Tinggal kau rajin atau tidak sahaja.

Selepas maghrib pula aku akan berpencak silat. Berlatih beberapa gerak jurus tenaga dalam.

Kemudian di waktu pagi sekitar pukul 2 aku mula duduk bersila di bilik khas yang gelap bagi latihan kekuatan

dalaman menggunakan amalan zikir yang mustajab sehinggalah subuh. Ada ketika aku bergadang terus.

Aku yakin aku sudah bersedia. Zahir dan batin. Berpakaian serba hitam lagak pendekar ke medan perang.

Bila tiba waktu dan ketikanya aku bersama ‘Ajis’ bergerak ke Melaka. Destinasi kami adalah tempat bernama Ayer

Keroh.

Kami tiba awal. Solat maghrib dulu di sebuah stesen minyak. Malam itu suasana agak dingin. Sejuk menggigil walaupun

tiada tanda mahu hujan. Aku mengambil sedikit tanah dan mula membaca ayat penggerak. Berkumat-kamit mulutku

mengulang-ulang ayat . Dan seterusnya memulakan langkah. Ajis hanya memerhati sahaja.

Tiba di destinasi. Seorang tua berpakaian lusuh menyambut kami. Umurnya aku agak dalam lingkungan 60 tahun. Merah

matanya memandang kami. Dan di bibirnya kelihatan sebatang curut tanpa api.

Orang tua tadi memulakan kata sambil menjegilkan matanya. “Apa benar anak berdua ini mahu melihat makhluk halus di

rumah ini?” Ajis yang tadi berani tiba-tiba gelabah pula mengajak pulang. “Ah, pantang undur!” Kataku marah.

Orang tua tadi menambah kata. “Kalau begitu mesti ada pengerasnya. Pasti mujarab. RM20 sahaja untuk dua orang.” Aku

terus membayar pengeras tersebut. Tak sabar.

“Mulakan dengan nama Allah nak, jangan bimbang , kamu tidak akan diapakan. Lalulah di pintu ini dan teruskan saja

perjalanan kamu. Nanti kamu akan didedahkan segala rahsia yang tersembunyi dari mata orang biasa.” Orang tua

tersebut membacakan sesuatu dan menghembus di kedua belah mata aku dan Ajis. Kami dihantar dengan ekor matanya yang

tajam.

Berpinar pinar mata aku. Semasa melangkah masuk tiba-tiba bulu romaku merinding. Ajis pula memegang erat lengan

kanan aku. Kacau betullah.

Tiba tiba hidungku menangkap bau yang sangat wangi. Rumah yang gelap ini hanya ada lampu samar-samar sahaja.

Wanginya bau tadi hilang dengan bau yang sangat busuk. Aishh!

Ketika inilah aku terlihat di hadapan aku berdiri seorang wanita berbaju putih. Mukanya pucat dan nampak terbit

darah dari kedua matanya. Rambutnya panjang mengurai tidak terurus. Mendepangkan tangan dan meluru ke arah kami

sambil mengilai. Keadaan sedikit huru hara bila Ajis mula berlari lintang pukang meninggalkan aku .

Ketika itu jugalah bermacam macam lagi makhluk ini muncul. Semasa berlari sempat aku mengerling ke kanan. Aku

nampak langsuir sedang terbang perlahan kearahku. Tali ususnya terjuntai kebawah mengalir darah. Itu belum lagi

sepasang jenglot bermata merah liar mencari mangsa.

Ahhh akhirnya tewas juga aku, hilang semua kependekaran aku bila aku mula mengejar Ajis mencari pintu keluar.

1 jam 39 minit kemudian.

Semasa aku menghirup sup panas di sebuah warung tidak jauh dari situ. Aku perhatikan saja orang tua tadi sedang

mengutip duit dari orang ramai sambil meniup mata mereka. Ceh!

Dari jauh kelihatan papan tanda besau. ‘RUMAH HANTU EKSPO MELAKA’. DEWASA RM10.

HANTU betullah kau Ajissss..GRRRRR.

Karya: Ibnu Ahmad

Sumber:fiksyenshasha.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...