Kuala Lumpur, 30 Jan - Nampaknya isu logo yang membabitkan 'Visit Malaysia 2020' bukan sahaja menarik perhatian
akhbar-akhbar tempatan, malah isu itu turut mendapat liputan dari portal-portal berita luar negara dan juga portal
pereka antarabangsa.
Perkara itu mulai jelas apabila portal BBC mengeluarkan satu artikel bertajuk 'Malaysia defends 'hideous' tourism
logo despite criticism' pada petang tadi. Seperti biasa, portal-portal antarabangsa lain turut sama mengikut jejak
portal berkenaan selepas itu.
Isu yang sama turut mendapat liputan dari Telegraph.co.uk, Channel News Asia, Design Taxi, creativebloq dan lain-
lain.
Logo 'Visit Malaysia 2020' itu mula menjadi isu apabila terdapat rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan
rekaan logo terbabit sehinggakan ada pihak yang membuat petisyen di Change.org bagi menukar rekaan logo terbabit.
Pereka-pereka Malaysia - yang merasa tercabar bagi menukar logo terbabit - memuat naik rekaan-rekaan logo mereka
sendiri di media sosial bagi mencabar logo asal.
sumber:siakapkeli
Ulasan
Catat Ulasan