Langkau ke kandungan utama

Abadi perkenalan dengan isteri dalam lagu



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam, mendedahkan ilham menghasilkan single terbarunya, Muzik Tiduranku,

tercetus ketika beliau berkenalan dengan isterinya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin.

Menurut Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 27, rasa cinta yang mendalam terhadap wanita itu

bukan hanya diabadikan dalam lagu, malah Awin sendiri membuat penampilan khas dalam video muziknya.

"Lagu ini diinspirasikan daripada detik manis kali pertama saya berkenalan dengan Awin. Bagaimanapun, ketika itu

lagunya bukanlah seperti yang didengar hari ini.

"Liriknya berkisar kepada luahan rasa cinta, kasih dan rindu terhadap pasangan masing-masing. Lebih bermakna,

melodi dan liriknya dihasilkan kami sendiri supaya perasaan itu lebih dirasai lagi," kata Izzue, yang juga anggota

kumpulan Forteen, kepada BH Online.

Mengulas mengenai gambarnya yang tidur meniarap seperti dilihat pada foto yang menghiasi kulit single itu, Izzue

menjelaskan ia adalah simbolik kepada maksud keseluruhan lagu.

PELAKON dan penyanyi, Izzue Islam, menunjukkan single baharu nyanyiannya, Muzik Tiduranku, pada majlis pelancaran

lagu terbabit di Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

"Selalunya, ketika hendak tidur kita akan teringat kepada orang yang kita sayang dan perasaan rindu tiba-tiba

menerpa dalam ingatan. Situasi itu cuba saya nyatakan dalam gambar terbabit," katanya.

Ketika single baharunya diperkenalkan, seorang lagi anggota Forteen, Ameerais, turut menghasilkan lagu solo

berjudul Pulangkan Cinta.

Ditanya, apakah keadaan itu secara tidak langsung mencetuskan persaingan antara mereka, Izzue berkata, beliau

terbuka dalam perkara itu.

"Walaupun masing-masing mempunyai lagu baharu, genre muzik kami berbeza. Sekurang-kurangnya, kami memberi pilihan

kepada peminat Forteen.

"Kalau bersaing sekali pun, saya anggap ia persaingan yang sihat dalam industri seni," katanya positif.

Single dan video Muzik Tiduranku dilancarkan pada 31 Januari lalu di Shah Alam.

sumber:BeritaHarian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag