Disebalik nombor tarikh lahir korang, tahu tak ada rahsia yang tersembunyi yang korang patut tahu? Kajian mendapati
melalui pengiraan nombor tarikh lahir boleh tahu potensi dan personaliti diri korang lebih tepat. Bukan tu je,
korang juga boleh tahu apa kekuatan korang dan ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah
Kamsah.
Cara Pengiraan Rahsia Nombor Tarikh Lahir
Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2
Jawapannya Adalah 2. Jadi Apakah maksud disebalik nombor ini?
Mari kita tengok siapa yang kena!!
Nombor Tarikh Lahir: 1
Kekuatan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan,
memiliki Kepandaian, mempunyai kuasa Jangkaan Dan analisa yang kuat, yang Mampu menjadikannya individu berilmu,
seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif peka. Sekiranya sikap kreatif dan
sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan orang, beliau juga sukar
untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun
bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.
Berdiplomasi apabila diperlukan.
Nombor Tarikh Lahir: 2
Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. seorang yang Sentiasa tenang dalam apa pun
keadaan . Seorang yang peramah dan sangat pentingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut
hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya
diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka.
Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa
mengutamakan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri.
Perkara yang perlu dipelajari:
Percayalah kebolehan diri sendiri.
Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Nombor Tarikh Lahir: 3
Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, aktif dan
berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki daam hidup. Berkebolehan untuk membezakan
sesuatu yang buruk atau baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan
berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan
terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau
mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadangkala pula seorang yang nakal. Juga,
seorang yang bermulut ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu
perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Nombor Tarikh Lahir: 4
Kekuatan: seorang yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat
seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan
masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa
ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu
menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-
hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Nombor Tarikh Lahir: 5
Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang
baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus
untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik, tegas, sangat munasabah dan tidak
suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam hal hal kecil. Kadangkala beliau
memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Apa yang perlu dipelajari:
Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
Melihat sesuatu dengan teliti
Nombor Tarikh Lahir: 6
Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6 mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili
kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor 6 akan berjaya dalam
karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau
juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak
pendamai.
Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-
kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa
pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh
dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit
kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemahsyuran dan tuah.
Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang
yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah
seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan
ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Nombor Tarikh Lahir: 8
Kekuatan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam,
konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah
penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi
sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini
akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda
kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan
perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Nombor Tarikh Lahir: 9
Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif.
Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang.
Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai
masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi
bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di
kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai
sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat,
teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam
melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
Kurangkan sifat emosional
Sumber : tokeinfo
Ulasan
Catat Ulasan