Langkau ke kandungan utama

Tun M hina rakyat Sabah, Sarawak



PRESIDEN Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau. - Foto Khairull Azry
Bidin

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah meluat dengan penghinan terbaharu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun

Dr Mahathir Mohamad berhubung punca Sabah dan Sarawak ketinggalan berbanding negeri di Semenanjung ketika beliau

menjadi Perdana Menteri.

Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau, berkata tuduhan bekas

Perdana Menteri itu kononnya rakyat Sabah dan Sarawak bermentaliti rendah dengan memilih jalan mudah untuk berjaya

adalah satu penghinaan.

Beliau berkata, rakyat kedua-dua negeri, lebih-lebih lagi di Sabah sudah serik dengan tindakan bekas Perdana

Menteri itu meminggirkan Sabah daripada pembangunan hingga menyebabkan negeri ini ketinggalan dalam pelbagai aspek.

"Dia (Mahathir) kata antara puncanya (ketinggalan daripada pembangunan) ialah kerana rakyat Sabah dan Sarawak

pemalas serta mempunyai mentaliti rendah dengan memilih jalan mudah untuk berjaya.

"Saya nak beritahu dia (Mahathir), anda salah. Rakyat Sabah dan Sarawak pandai berikhtiar. Rakyat Sabah bekerja

keras seperti orang lain dan menjadi budaya kami untuk melakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga," katanya

dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir berkaitan punca Sabah dan Sarawak ketinggalan daripada arus pembangunan

negara jika dibandingkan dengan negeri di Semenanjung dalam satu forum di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata Dr Mahathir tidak boleh mempersoalkan tingkah laku,

mentaliti dan integriti rakyat Sabah, terutama jika mengambil kira tindakannya merampas sumber negeri itu untuk

membina projek di Semenanjung.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu menggunakan dana yang banyak untuk melaksanakan projek mega seperti Kuala Lumpur

City Centre (KLCC), Putrajaya dan litar lumba F1 di Sepang, namun menafikan dana pembangunan untuk rakyat Sabah.

"Di sebalik sikap Dr Mahathir itu, Sabah dan Sarawak berterusan berikhtiar untuk pembangunan bagi membuktikan

rakyat kedua-dua negeri bukan saja bekerja keras, malah tidak mempunyai mentaliti rendah.

"Tindakan Mahathir mengabaikan Sabah dan Sarawak sepanjang 22 tahun beliau berkuasa tidak boleh dinafikan sesiapa,

terutama ketika dia menggunakan alasan menghina dalam usahanya melampiaskan dendam terhadap Perdana Menteri, Datuk

Seri Najib Razak," katanya.

Madius berkata, tiada sesiapa di Sabah atau Sarawak perlu meletakkan kepercayaan terhadap Dr Mahathir dan mereka

yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.

"Jika berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir yang memanggil kami

(rakyat Sabah) sebagai pemalas dan bermentaliti rendah berbanding penduduk di Semenanjung," katanya.

sumber:Beritaharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag