1. Tenaga.
Tips pertamaalah tentang tenaga, lebih-lebih lagi kepada orang muda. Cara menghadapi dunia akhir zaman dengan
tenaga adalah dengan meningkatkan amal ibadah kita sebanyak mungkin. Jika kita berkemampuan untuk ke masjid,
solatlah berjemaah di masjid dan jika boleh bangun pagi, bangunlah untuk bertahajud.
Hal ini kerana, kebanyakan manusia di dunia akhir zaman ni hanya datang untuk solat ke masjid apabila umur sudah
60an dan 70an. Padahal tidak ada satu huruf pun di dalam al-Quran yang boleh menjamin dia akan hidup hingga 60an.
Tetapi mengapa masih ramai yang tidak menggunakan tenaga yang diberikan Allah untuk meningkat takwa kepada Allah?
Jawapannya sudah pasti kerana kejahilan agama.
Contoh terbaik yang saya boleh berikan adalah Bilal bin Rabah. Beliau merupakan sahabat Nabi SAW yang sangat
miskin. Tetapi dengan tenaga yang diberikan kepadanya, dia kuat melakukan solat sunat tambahan dan juga menjadi
muazzin di zaman Rasulullah SAW. Mungkin daripada segi infak dan sedekah dia kurang amalannya tetapi dia
menggantikannnya dengan solat-solat sunat menggunakan tenaganya.
Justeru, sebagai anak-anak muda di dunia akhir zaman ini, perlu memanfaatkan tenaga yang diberikan Allah S.W.T.
Bangun pagi tengok FIFA World Cup boleh pulak tapi bangun tahajud terus tak larat. Adakah ini amalan anak-anak muda
untuk ke syurga Allah? Nauzubillah.
2. Pengetahuan.
Pengetahuan pula bermaksud ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Tidak kiralah sama ada ilmu akhirat atau
dunia. Kerana kesemua ilmu itu datangnya daripada sumber yang satu iaitu daripada Allah S.W.T. Jadi ilmu itu
sepatutnya digunakan untuk kembali kepadanya. Disebabkan itulah, kita harus selalu mengatakan Wallahua`lam jika
kita tidak mengetahui sesuatu perkara.
Di samping itu, jika anda diberikan oleh Allah akan sesuatu ilmu, maka anda perlu mengajarkannya kepada orang ramai
supaya mereka kenal dan takut kepada Allah. Point ini lebih kepada para ustaz, syeikh dan para ulama. Sebagaimana
dalil di bawah:
الْعُÙ„ُÙ…َاءُ ÙˆَرَØ«َØ©ُ اْلأَÙ†ْبِÙŠَاء
“Ulama adalah pewaris para nabi.”
(HR Ibnu Majah no. 233 )
Dengan erti kata lain, jika anda diberikan kelebihan ilmu pengetahuan, gunakan ilmu itu untuk meraih syurga.
3. Pangkat
Pangkat pula lebih diutamakan kepada yang memegang jawatan tinggi-tinggi seperti ketua negara, menteri besar,
Sultan dan sebagainya. Justeru, dengan pangkat yang diberikan Allah S.W.T, mereka perlu menggunakannya sebaik
mungkin untuk menaikkan dan menguatkan Islam di negara beliau.
Tips di sini hanya difokuskan kepada usaha-usaha membangunkan Islam bukannya kepada hasil semata-mata. Sebagai
contoh, seseorang yang berpankat besar itu boleh membuat kempen solat berjemaah di masjid besar-besaran. Tapi kalau
orang datang tak datang itu lain cerita. Yang penting adalah apa yang dia usahakan dengan pangkat yang diberikan
itu.
Contoh terbaik yang boleh kita ambil pengajaran sudah tentulah Firaun Laknatullah. Jadi jika anda berasa hebat
dengan pangkat anda, ingatlah kisah Firaun ini. Untuk refresh memori tentang Firaun ni, dia ini adalah seorang yang
sangat ujub dengan dirinya, suka membunuh tanpa sebab dan paling teruk teruk lagi siap mengaku sebagai tuhan yang
agung. MasyaAllah. Akhir sekali mati hina ditenggelamkan air laut. Kisah yang sangat berguna untuk kita semua
mengambil pengajaran akan fitnah pangkat.
4. Harta
Akhir sekali adalah tentang harta dan ia juga pemberian Allah S.W.T. Di dunia akhir zaman ini, kebiasaannya orang
yang mempunyai harta yang banyak ini selalunya mereka akan sibuk bekerja. Disebabkan itu, mereka akan kurang untuk
mendapat ketiga-ketiga nikmat Allah di atas.
Justeru, sebagai orang yang diberikan harta oleh Allah, mereka sepatutnya menggunakan harta tersebut sebagai tangga
ke syurga bukan sebaliknya.Iaitu semakin banyak harta dia terima, semakin banyaklah harta yang disedekahkan,
diinfakkan dan dizakatkan,bukan sebaliknya.
Contoh terbaik akan seorang yang tewas teruk akan fitnah harta berdasarkan al-Quran sudah tentulah kisah Qarun. Dia
merupakan seorang yang paling kaya di zamannya. Dia diberi kekayaan yang tidak ada tolak bandingannya di zaman Nabi
Musa A.S.
Selepas itu, Qarun terlupa dan terleka dengan nikmat harta tersebut sehingga tidak nampak lagi semua ini pemberian
Allah. Bahkan dia mengaku bahawa kesemua harta ini diterima disebabkan kepandaian dia semata-mata bukan pemberiaan
Allah. MasyaAllah. Akibatnya, mati hina juga seperti Firaun Laknatullah. Dalil-dalil kisah Qarun dirakamakan di
dalam al-Quran adalah seperti di bawah.
Firman Allah tentang kekayaan Qarun yang sangat banyak:
Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami
telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk
dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah
engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah.
(seperti lagakmu itu).
(Al-Qasas 28:76)
Firman Allah tentang cara sebenar menggunakan harta iaitu untuk mendapatkan akhirat bukan dunia:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat
dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-
hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan “.
(Al-Qasas 28:77)
Firman Allah tentang Qarun apabila dia ditegur kerana terlampau sombong dengan hartanya:
Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan
kepandaian yang ada padaku“. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah
telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih
banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi
ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
(Al-Qasas 28:78)
Kesimpulannya, jika kita tewas dengan fitnah dunia akhir zaman ini, hanya azab yang menunggu kita di akhirat. Ya,
mungkin anda akan hidup senang dengan kegagalan anda di dunia akhir zaman ini, tetapi dunia ini hanya sementara.
Ingat, dunia ini bukan tempat untuk bersenang-senang. Syurga Allah barulah tempat untuk kita bersenang-lenang. Saye
menyeru kepada anda semua supaya saling mengingati antara satu sama lain dan tolong juga ingatkan saya.
Wallahua`lam.
sumber:Islam
Ulasan
Catat Ulasan