Langkau ke kandungan utama

9 khabar gembira untuk penjawat awam, pesara


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan sembilan khabar gembira kepada penjawat awam dan pesara kerajaan di

seluruh negara.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam

Ke-16 (MAPPA XVI) di hadapan lebih 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini,

hari ini.

Antara 'buah tangan teristimewa' diterima penjawat awam adalah pemberian kenaikan gaji tahunan (KGT) kepada semua

1.6 juta penjawat awam, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Najib berkata, pemberian kenaikan bersamaan satu KGT itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

"Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat tambahan satu lagi KGT disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima

bagi tahun 2018," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju memendekkan tempoh kenaikan pangkat berasaskan 'time based' kepada

kakitangan kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Menurutnya, pelaksanaan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM34 juta dengan 13,006 pegawai terbabit.

Najib juga berkata, kerajaan juga akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred 54.

"Ia sekali gus memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta,

berkuat kuasa 1 Januari 2019," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan

kontrak dan memberi faedah kepada 42,867 pegawai, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju menyumbang sekurang-kurangnya RM3 juta setahun kepada Kongres Kesatuan

Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Bagi menghargai penjawat awam bukan beragama Islam menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing, Najib berkata,

kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari maksimum sepanjang tempoh

perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari 2018 kepada penjawat awam berkenaan.

Sebelum ini, katanya, kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama tujuh hari hanya diberikan kepada penjawat awam

beragama Islam bagi tujuan menunaikan umrah.

Najib juga mengumumkan tiga berita gembira kepada lebih 800,000 pesara kerajaan termasuk satu peratus kenaikan

kadar pencen secara one-off mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 sebagai tambahan kepada dua peratus diterima

pesara pada 1 Januari 2018.

Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju memberi geran khas masing-masing RM1 juta kepada Persatuan Pesara

Kerajaan Malaysia; Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) bagi

menganjurkan aktiviti persatuan dan kelab.

Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang menunaikan fardu haji, Najib berkata, kerajaan bersetuju menetapkan satu

kuota khas kepada kumpulan berkenaan sejurus mendapat kuota diperuntukkan kepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi.

sumber:Beritaharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag