Langkau ke kandungan utama

Hukum (Kaum Adam) lelaki memakai baju warna merah.Ini Penjelaannya


Seperti yang sedia maklum, ramai di antara kita yang agak terkejut dengan hadis ini. Ini kerana ramai di antara

kita yang tidak pernah baca malah tidak pernah tahu akan sebuah hadis mengenai warna baju yang dilarang dipakai

oleh lelaki. Warna yang dilarang dipakai oleh lelaki mengikut hadis adalah seperti warna Saffron, kuning kunyit dan

warna merah.

Berikutan itu, satu soalan telah diajukan kepada pakar hadis iaitu Dr Rozaimi Ramle (LINK). Antara soalannya adalah

seperti berikut.

Soalan

Assalamualaikum Dr. Mohon penjelasan tentang kesahihan hadis hadis berikut mengenai warna baju yang dilarang untuk

lelaki.

Warna:
1. Saffron (HR Bukhari 77 dan 63)
2. Kuning Kunyit (HR Abu Dawud 4406)
3. Merah (HR Sunan Nasaie 5185)

Dr Rozaimi menjawab:

Waalaikumussalam.

Tidak dinafikan ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Saya memilih pandangan berikut:

1. Merah memang dilarang jika merah sahaja tanpa campur warna lain. Kalau campur tak dilarang.

2. Kuning dan oren dilarang jika dicelup dgn warna dari saffron atau usfur (tumbuhan). Tapi kalau warna tu bukan

dari warna tumbuhan ni maka tak dilarang. Larangan ni khas untuk lelaki sahaja


Penjelasan lebih lanjut berkaitan larangan memakai baju merah bagi lelaki

Menurut Dr Rozaimi berkaitan baju merah ulamak ada pelbagai pendapat yakni ada khilaf ulamak. Ada ulamak

berpendapat hukumnya harus seperti mazhab Syafie dan sebahagian ulamak Hambali berkata harus pakai merah kerana ada

dalam hadis Bukhari Nabi Muhammad SAW pernah memakai baju, selendang dan kain yang ada warna merah yakni bukan

merah penuh tapi cuma garisan merah. Manakala ada sebahagian ulamak berkata haram kerana ada hadis riwayat Nasaie

mengatakan tak boleh memakai baju merah.

Jadi Dr Rozaimi berpendapat selagi mana merah tu tak penuh yakni merah yang juga bercampur dengan warna lain maka

ianya dibolehkan. Contoh seperti jersi pasukan bolasepak Liverpool. Menurutnya larangan ini sebenarnya terkait

dengan zaman, kerana pada zaman itu, mereka yang pakai baju merah adalah wanita. Jadi bila pakai baju merah ada

unsur tasyabbuh (menyerupai orang lain dalam suatu perkara) dengan orang perempuan iaitu seperti warna merah jambu

yang dipakai orang lelaki pada zaman sekarang.

Kesimpulannya Dr Rozaimi menjelaskan hadis ini ada khilaf ulamak, ada ulamak yang membenarkan, ada ulamak yang kata

haram, ada ulamak yang kata makruh, ada ulamak yang berpendapat selagi mana merah tidak penuh tidak mengapa dan ada

ulamak yang kata ianya terikat dengan zaman maksudnya pada zaman itu lelaki memakai baju warna merah menyerupai

perempuan jadi lelaki tidak dibenarkan memakainya.

Dr Rozaimi memilih pendapat yang menyerupai perempuan. Yakni pada hari ini ada orang pakai baju merah penuh tidak

mengapa tetapi nak lebih selamat campurkanlah sedikit dengan warna lain maksudnya ada warna hijau sedikit atau ada

garisan warna lain.


sumber:Islam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag