Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Kita mengenal ada 99 nama yang dimiliki
Allah yang intinya mengagungkan dan membesarkan namaNya.
Salah satu Asmaul Husna yang sering saya amalkan adalah Ya Fattah Ya Razzaq.
zikir rezeki, amalan tambah rezeki, amalan mudahkan rezeki, amalan pembuka rezeki, amalan buka pintu rezeki, amalan
banyakkan rezeki, zikir tambah rezeki
Al Fattah
Erti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh membuka rezeki, membuka jodoh, membuka
jalan usaha, membuka fikiran yang tertutup, membuka langit, membuka keampunan. Apa saja yang terasa tertutup dan
kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah boleh dilakukan.
Bagi yang belum bertemu jodoh, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jodohnya, dipertemukan dengan orang tepat
dan boleh membimbing dan dibimbingnya menuju jalan Allah.
Bagi yang belum punya anak, zikir ini bererti memohon agar diberi kesempatan memiliki buah hati dari rahim sendiri.
Bagi yang belum punya pekerjaan, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jalan menuju pekerjaan impian atau di
bukakan jalan untuk memulai usaha sendiri.
Bagi yang punya banyak dosa, zikir ini bererti memohon agar pintu keampunan Allah dibukakan untuknya.
Bagi yang punya banyak masalah, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan keluar dan solusi dari semua masalah yang
menimpa.
Bagi yang lagi sakit, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan kesembuhan baginya.
Ar Razzaq
Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Kita semua tahu bahawa Allah lah yang memberi rezeki. Jika diamalkan secara
rutin maka rezeki insya Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari
masalah kewangan dan sebagainya.
Bagi orang yang rezekinya sedikit, susah, tak cukup, sukar diperolehi boleh mengamalkan zikir ini agar rezekinya
lancar dan berkat.
Bagi yang memiliki anak, boleh membaca zikir ini agar anak yang dikandungnya atau dididiknya menjadi anak soleh,
tidak degil, bermanfaat dan boleh jadi tiket buat menghantar orang tuanya ke pintu surga.
Bagi suami isteri yang mengharungi bahtera rumah tangga yang bermasalah, zikir ini bermanfaat untuk memohon rezeki
rumah tangga yang sakinah dan menyatukan dua hati yang berjarak.
Bagi yang sedang usaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir boleh diamalkan.
Bagi yang ingin naik haji dan umrah segera boleh merutinkan bacaan zikir ini agar dimudahkan rezekinya menuju ke
sana.
Bagi yang perlukan pembiayaan pendidikan, pengubatan, usaha dalam jumlah banyak boleh mengamalkan zikir ini agar
dimudahkan memperolehi biaya tersebut.
Cara mengamalkan Ya Fattah Ya Razzaq Banyak yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99
kali, 66 kali ataupun 33 kali. Bahkan kalau mampu boleh sampai 1000 kali atau 300 kali. Semakin banyak semakin
baik.
Hendaknya diamalkan dimana saja dan bila saja, tidak mesti harus selesai shalat fardhu saja.
Kalau saya peribadi membaca Ya Fattah Ya Razzaq setiap selesai solat fardu 11 kali (disamping membaca tasbih,
tahmid dan takbir). Saya juga membacanya setelah selesai solat sunat dhuha dan solat sunat tahajud.
Setiap selesai dua rakaat solat sunat tersebut sebelum melanjutkannya ke dua rakaat selanjutnya saya sempatkan
membaca Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali. Baru kemudian saya lanjutkan dua rakaat berikutnya, selesai salam
kembali membaca zikir tersebut sebanyak 11 kali.
Begitu seterusnya, apabila bulan Ramadhan saya juga mengamalkannya diantara solat tarawih, agar puasa saya lebih
diberkati dan dimudahkan.
Uztaz Yusuf Mansyur menyarankan membacanya minima 12 kali, iaitu 5 kali setelah solat fardu, 1 kali setelah dhuha,
1 kali setelah tahajud dan 5 kali diantara azan dan iqamat.
Disamping membacanya tetap berusaha seperti biasa, yang kerja tetap kerja yang berniaga tetap berniaga, jangan
berhenti.
Yakin bahawa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang tersekat
termasuk rezeki kita.
Menyuburkan amalan-amalan pendorong doa, amal soleh dan sebolehnya hindari maksiat.
Setiap saat boleh diamalkan kemudian dilanjutkan doa sesudahnya, memohonkan hajat kita. Bahkan ketika memandu pun
boleh baca zikir tersebut sambil mendengarkan lantunan lagu-lagu dari CD atau turut mendengarkan berita dari radio
kenderaan.
Pengalaman saya setelah mengamalkan zikir Ya Fattah Ya Razzaq Saya akui bahawa saya orang yang tidak terlalu alim.
Ilmu saya masih sedikit dan menjalankan agama sesuai dengan ilmu yang sedikit itu. Zikir ini memang saya amalkan
setelah membaca tauziah Uztaz Yusuf Mansyur mengenai percepatkan rezeki dengan zikir Asmaul Husna termasuk Ya
Fattah Ya Razzaq.
Seboleh mungkin saya berusaha untuk tidak meninggalkan solat sunat rezeki iaitu shalat dhuha sebanyak 6 rakaat
setiap harinya. Saya usahakan untuk shalat tahajud meskipun cuma 2 rakaat (meski terus terang lebih banyak tidurnya
hehehe..).
Setelah rutin mengamalkan dengan cara di atas tadi saya tidak pernah merasakan masalah kewangan yang teruk.
Pekerjaan saya sebagai pegawai bergaji tetap setiap bulannya tapi Alhamdulillah saya hidup merasa tak pernah
kekurangan. Setiap saya ingin membeli sesuatu wangnya pasti tersedia.
Saya tidak pernah mengatakan tidak punya wang (pada diri saya) meskipun kenyataannya wang di bank saya memang tidak
ada dan tabungan saya menipis. Saya selalu berfikir bahawa saya punya cukup banyak untuk dibelanjakan dan
disyukuri. Jika wang saya sedikit, sedikit juga yang saya belanjakan dan syukurnya yang diperbanyak. Jika wang saya
berlebih, saya belanjakan sesuai keperluan disertai syukur kerana boleh berbelanja lebih dari biasanya.
Saya juga berusaha semampunya berbuat baik pada kedua orang tua terutama ibu saya dan mertua. Kerana kebetulan
berbeza lokasi, setiap orang tua / mertua mengunjungi kami tak pernah lupa untuk memberi saguhati (perbelanjaan)
sekadarnya sebelum mereka pulang, berapa kalipun mereka datang dalam sebulan. Saya sangat faham pentingnya berbakti
pada orang tua.
Alhamdulillah sejak saya mulai mengamalkan hal-hal tersebut di atas mulai sekitar tahun 2011 sampai saya menulis
tulisan ini di awal July 2015 belum pernah saya merasakan kesulitan yang teruk dalam rezeki saya. Padahal
sebelumnya saya juga sering mengalami masalah, seperti rumah dipecah beberapa kali, emas, wang, dan harta benda
melayang dicuri orang, kemalangan meskipun tidak parah dan sering merasa kekurangan wang.
Ketika ini meskipun kami tidak kaya berlimpah harta tapi yang paling penting kami selalu merasa cukup. Kami boleh
makan, berpakaian, punya rumah yang selamat dan berkongsi rezeki dengan orang lain itu lebih dari cukup.
Saya menuliskan ini real dari pengalaman saya peribadi, insya Allah tidak ada perasaan riyak atau ingin dipuji tapi
semata-mata saya niatkan buat pembelajaran untuk kita semua. Bahawa rezeki Allah itu fenomena yang tidak dapat
dikira dengan hitungan matematik kerana sifatnya yang abstrak. Bukan kuasa kita untuk menentukan berapa banyak
rezeki yang kita terima, tapi itu adalah wilayahnya Allah. Kita hanya meminta dan mempercepatkan diri untuk
menerima.
Saya tutup tulisan ini dengan penekanan bahawa ibadah yang baik itu bukan yang jumlahnya banyak tapi yang rutin
dilakukan biar jumlahnya sedikit. Demikian pula dengan zikir ini, bukan berapa kali hitungannya dalam sehari tapi
kekerapannya. Biar cuma 1 kali sehari tapi jika rutin itu lebih baik dibanding 1000 kali tapi cuma sekali selama
setahun. Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahu alam..
Sumber: etaksalai.com
Ulasan
Catat Ulasan