Langkau ke kandungan utama

Pontianak 'main buai' di siang hari... [METROTV]

BUAIAN berhayun tanpa sesiapa di atasnya kecuali susuk seolah-olah pontianak yang berdiri di hadapan buaian itu

menyebabkan video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) pada 28 Mac lalu tular dan dikongsi pengguna

aplikasi lain termasuk WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Insiden menyeramkan itu dipercayai dirakam penghuni kuarters kerajaan yang terletak di Kempas, Johor Bahru.

Dalam video itu, kelihatan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

NSTP meninjau kuarters berkenaan yang dipercayai baru siap dibina, namun belum dihuni sepenuhnya kakitangan jabatan

itu.

Video itu dipercayai dirakam dari arah sebuah blok berhadapan taman permainan kanak-kanak di kuarters berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sejak menghuni kuarters berkenaan, tiada sebarang gangguan atau

kejadian tidak diingini berlaku.

“Baru-baru ini kecoh dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan saya ada menonton video berkenaan apabila ia tular.

“Sejak tinggal di sini awal tahun ini, saya tidak pernah berdepan sebarang gangguan mistik atau berhadapan insiden

pelik.

“Perumahan ini juga masih belum penuh diduduki, dan ramai yang belum berpindah ke sini buat masa ini," katanya yang

tidak tahu siapa yang mengambil video berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Johor Mohamad Riduan Akhyar berkata, isu gangguan makhluk halus

terbabit tidak pernah diutarakan sejak penghuni kuarters berpindah ke rumah masing-masing, Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya, sejak video yang memaparkan wanita menyerupai pontianak itu dikongsikan, pihaknya mengadakan

bacaan tahlil dan Yasin di kawasan berkenaan, Ahad lalu.

“Kita mengambil pendekatan perubatan tradisional dan mengadakan bacaan tahlil dan Yasin.

“Bagi kami, isu ini tidak serius dan mungkin secara kebetulan dilihat penghuni dalam kejadian pada siang hari itu.

“Sebelum ini, anak-anak penghuni bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah mengalami masalah gangguan

makhluk halus,” katanya yang memaklumkan hampir 80 peratus kuarters dihuni kakitangan jabatan berkenaan.

Menurutnya, sebagai umat Islam, setiap orang perlu percaya alam ghaib dan makhluk halus, namun pendekatan secara

tradisional dan Islam perlu dilakukan bagi menjaga keharmonian penghuni kuarters berkenaan.

Katanya, insiden itu sudah dirakamkan sejak minggu lalu, tetapi hanya tular beberapa hari lalu

Katanya, insiden itu sudah dirakamkan sejak minggu lalu, tetapi hanya tular beberapa hari lalu.

sumber:BERITAMETRO

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag