Langkau ke kandungan utama

7 Kelebihan Solat Dhuha Yang Menjadi Rebutan Para Isteri Ataupun Surirumah!! No 1 Paling Disukakan.


Selain perkara wajib yang menjadi rutin, perkara sunat juga sangat dituntut bagi meraih keberkatan Ilahi. Walaupun

kerja di rumah tak pernah putus, kita sebagai surirumah seharusnya tidak terlepas daripada merebut peluang

menunaikan solat sunat dhuha pada setiap pagi.

Kenapa? Ini antara sebabnya.

7 KELEBIHAN SOLAT DHUHA YANG MENJADI REBUTAN SURIRUMAH

1. DIPERMUDAHKAN URUSAN HARIAN

Rutin harian menjadi surirumah bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang terlalu penat sampai nak makan pun

tak sempat. Namun begitu, bukan semua orang boleh faham apa yang kita lalui, mahupun pasangan kita sendiri. Oleh

itu, inilah peluang kita untuk mengadukan kepada Allah, memohon diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah

berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat

empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dengan mengingati Allah terutamanya pada waktu mustajab seperti waktu Dhuha, mudah-mudahan bantuan Allah pasti tiba

dalam segala bentuk kemudahan dari awal pagi hinggalah ke akhir hari.

2. CARA PALING MUDAH UNTUK BERSEDEKAH

Berbanding dengan suami atau ibu-ibu lain yang bekerja, seorang surirumah mungkin memiliki kemampuan kewangan yang

agak terhad. Malah, surirumah biasanya jarang keluar rumah dan mungkin kurang peluang untuk bersedekah. Namun,

Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah terhadap hambaNya, lalu diberikan pelbagai cara untuk tetap mendapatkan

ganjaranNya.

Dengan melakukan solat dhuha, anda sebenarnya mampu merebut pahala sedekah, seperti yang dinyatakan dalam sebuah

hadis:

“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap

tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah

sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”

(Hadis Riwayat Muslim)

3. MENDAPAT PAHALA UMRAH

Bukan setakat mendapat pahala bersedekah, malah pahala solat dhuha juga diumpamakan dengan pahala umrah.

Dari Abu Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti

seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti

orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih Al-Targhib: 673)

4. DIAMPUNKAN DOSA

Pendapat ramai orang yang mengatakan hidup isteri sebagai surirumah sepenuh masa ialah mudah adalah tidak benar

sama sekali. Terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan dari awal pagi hingga ke malam. Bahkan, seorang surirumah

menggalas tugas yang berat untuk mendidik anak-anak selain menyediakan keperluan harian. Ada yang turut bergiat

aktif dalam persatuan, aktiviti taman, perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.

Dalam kesibukan mengurus jadual seharian, tentu kita tak terlepas daripada kelalaian atau melakukan kesilapan. Maka

solat dhuha adalah antara pintu ampunan untuk kita yang disediakan oleh Allah.

“Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih

di lautan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

5. MERAIH REZEKI / KEUNTUNGAN BESAR

Salah satu fadilat yang paling lazim dikaitkan dengan solat dhuha adalah murah rezeki. Ia sebenarnya dirujuk dalam

satu kisah di mana suatu ketika Rasulullah mengutus tentera Islam dalam satu peperangan. Dengan izin Allah, tentera

Islam menang dan berjaya pula mendapatkan harta rampasan yang banyak.

Orang ramai bercerita singkatnya peperangan itu dan banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian

Rasulullah menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan dan harta rampasan yang

banyak iaitu solat dhuha.

Sabda baginda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah

yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”

(Sahih al-Targhib : 666)

Rezeki ini mungkin kita tak nampak dari segi wang atau perhiasan, tetapi anak-anak yang soleh, keberkatan rumah

tangga, kelapangan dada, dan kesihatan tubuh badan juga adalah antara nikmat yang dikurniakan kepada Allah buat

kita.

6. SEBAGAI MOTIVASI PAGI

Hari seorang surirumah bermula seawal kita ‘celik mata’ hinggalah menjadi orang terakhir yang tidur. Ia adalah hari

panjang untuk ditempuhi.

Setiap waktu solat sebenarnya adalah peluang untuk kita recharge. Setiap kali selesai solat, kita akan rasa lebih

segar, bertenaga, dan tenang. Jika anda perasan, waktu antara solat subuh dan solat zohor adalah agak panjang

berbanding selang waktu solat yang lain.

Maka dengan melakukan solat dhuha walaupun 2 rakaat, ianya tentu akan membantu kita ‘berehat’ dengan mengingati

Allah dan mendapatkan kembali tenaga di antara selang waktu tersebut. Malah, kita akan rasa kerja harian lebih

terurus apabila kita memberi keutamaan kepada solat dhuha.

7. RUTIN SIHAT UNTUK TUBUH & MINDA

Selain banyak fadilatnya yang tersendiri, solat dhuha boleh membentuk rutin aktiviti jasmani yang juga baik untuk

rohani. Malah secara umumnya, terdapat banyak bukti saintifik yang menerangkan kelebihan pergerakan solat yang

berkualiti serta amalan zikrullah kepada fizikal dan mental seseorang, tidak kiralah berapa pun usia anda.

Di tengah kesibukan dengan anak-anak sejak awal pagi, solat dhuha memberi peluang untuk kita bertafakur, membasahi

lidah mengingati Allah, dan mendekatkan diri denganNya.

BERUNTUNGLAH MEREKA YANG MENGAMALKAN SOLAT DHUHA

Doa ibu yang makbul sangat berkuasa untuk dijadikan perisai bagi mengharungi cabaran di rumah. Gunakanlah

kesempatan waktu dhuha untuk menunaikan solat sunat yang amat dituntut ini.

Semoga para surirumah akan sentiasa diberi kekuatan dan menjadi sumber kemurahan rezeki serta rahmat Allah bagi

seisi keluarga di dunia mahupun di akhirat, Insha Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat

kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu,

silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”

(Hadis Riwayat At-Tabrani)
sumber:Islam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag