Melihat kepada susuk tubuh dan staminanya, pasti sesiapa pun sukar meneka usia jaguh pelari denai Malaysia ini sebenarnya sudah mencecah angka 50-an. Menjengah usia 52 pada tahun ini, Mohd Puzi Dolah atau lebih mesra dipanggil Puzi tidak menganggap usia sebagai penghalang untuk dia meneruskan minatnya dalam sukan ekstrem ini. Sememangnya untuk menjadi pelari denai profesional dan aktif menyertai pelbagai acara di peringkat antarabangsa memerlukan latihan secara konsisten. Meskipun mempunyai kerjaya tetap sebagai pentadbir pejabat di salah sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor, Puzi bijak membahagikan masa untuk bergiat aktif dalam sukan ini. Bagi mengekalkan stamina, dia berlatih sama ada sebelum atau selepas waktu kerja diikuti latihan panjang yang ditetapkan pada hujung minggu. “Kalau ditanya sejak bila saya berjinak-jinak dengan hobi larian ini, ia bermula dengan penyertaan dalam cabaran perlumbaan Mild Seven Outdoor Quest China 1997. Salah satu acara dalam