10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM. Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya. 1..Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt: { إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ } (المائدة: 72) “Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72) Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka. 2...Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, me
“KAMU mendengar etiap hari, tentang solat, menutup aurat, jauhi dosa-dosa dan banyak lagi, tetapi kamu tidak mengendahkan, sebaliknya masih mengulangi. Malah ada yang mempertikaikan pesanan tersebut,” kata Ismail Musa Menk. Ketua Jabatan Fatwa Majlis Ulama Zimbabwe yang lebih dikenali sebagai Mufti Menk berkata, itulah antara tanda apabila Allah SWT tidak lagi mengendahkan seseorang dan mula mencabut sedikit demi sedikit keimanan dalam hati mereka. “Al-Quran diturunkan sebagai sebaik-baik peringatan. Ditambah pula, dalam zaman teknologi moden masa kini, setiap orang mempunyai telefon bimbit masing-masing, begitu juga komputer, televisyen serta radio. Peringatan Islam juga disebarkan menerusi pelbagai medium ini. “Di laman sosial Facebook contohnya, hampir setiap kali apabila kita membuka laman tersebut, pasti terlintas pesanan peringatan tentang Islam sama ada ceramah, teks, gambar mahupun video. Namun malangnya, sedikit pun kamu tidak mengambil iktibar daripada peringatan itu, malah b